khik khik seperti jangkaan saya ..semuanya berkenaan kehilangan 888...bahagian kastamnya 108...khik khik akhirnya kastam akur dgn sprm..walasal balik asal..bagai pencuri menyiasat perompak...yang terus jadi mangsa adalah RAKYAT..dan Pegawai -pegawai kerajaan yang terhad Kuasa Mereka..
Kesatuan Kastam mengalah, setuju biar polis dan SPRM siasat kes Sarbaini
PUTRAJAYA, 12 April – Pegawai-pegawai Kastam mengambil pendirian kelihatan mengalah dalam kontroversi berkaitan kematian Ahmad Sarbaini Mohamed - hari ini mereka bersetuju dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar membiarkan siasatan dijalankan tanpa sebarang gangguan.
Pada satu sidang media bersama selepas pertemuan selama dua jam di sini hari ini, Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Abu Kassim Mohamed berkata, biar polis dan siasatan dalamannya “meneruskan siasatan secara profesional.”
“Kami semua bersetuju agar pihak berkuasa melakukan kerja mereka dan mencari kebenaran,” kata beliau pada sidang media bersama Presiden Kesatuan Pegawai-pegawai Kastam Semenanjung, Ibrahim Ahmad.
Ibrahim berkata pihaknya berpuas hati dengan mesyuarat itu selepas SPRM “membersihkan kami daripada dakwaan (punca kepada kehilangan hasil negara RM108 bilion, yang kini membersihkan nama kami.”
Angka itu merujuk kepada jumlah besar wang yang dikaitkan dengan Operasi 3B, di mana turut disiasat ialah Ahmad Sarbaini, penolong pengarah kastam dari Selangor.
Jumaat lalu, Kesatuan Pegawai-pegawai Kastam Semenanjung juga berkata pihaknya mahu SPRM membersihkan nama Ahmad Sarbaini (gambar) ketika banyak pihak mengaitkan kes itu dengan tindakan membunuh diri.
Ahmad Sarbaini ditemui mati di aras satu pejabat SPRM Wilayah Persekutuan, Rabu lalu.
“Kami berharap nama (Ahmad) Sarbaini dibersihkan dari dakwaan bunuh diri,” kata Ibrahim.
MENYUSUL LAGI
No comments:
Post a Comment