BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Wednesday, April 20, 2011

adooohya TAMBAH LAGI 2 BULAN...jeng jeng..

Kes Teoh Beng Hock : Suruhanjaya Diberi Dua Bulan Lagi



KUALA LUMPUR 20 APRIL : Suruhanjaya DiRaja menyiasat kematian Teoh Beng Hock dan isu-isu berkaitan telah dilanjutkan tarikh akhir sehingga 25 Jun ini bagi melengkapkan laporannya, kata pengerusi Tan Sri James Foong hari ini.

Tarikh asal diperuntukkan kepada suruhanjaya itu ialah 25 April.

Foong, yang juga hakim Mahkamah Persekutuan berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sudah memaklumkan bahawa Yang di-Pertuan Agong telah memberi perkenan berhubung tarikh baru.

Beng Hock, yang mengikat tali pertunangan dengan Sor Chei Wei yang sepatutnya mendaftarkan perkahwinan mereka pada 18 Julai 2009, ditemui mati di tingkat lima Plaza Masalam, Seksyen 9 Shah Alam pada 16 Julai.

Kematian Beng Hock menimbulkan persoalan kerana beberapa jam sebelum itu beliau dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk dirakamkan percakapan sebagai seorang saksi selama lebih 10 jam.

Laporan lanjut menyusul.....

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails