BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Friday, June 3, 2011

Minyak tak naik..Subsidi sedia ada ditarik balik..tunggu..

tunggu ...harga barangan dipasar melambung..hihi itu yang untung kerana sokong UMNOBN...gokkk..selepas itu kenyataan sioot simenteri..tidak bermakna kerjaan menarik balik subsidi kerana diesel masih dijual dengan harga subsidi..konhg kong kong..

Diesel subsidi lori komersial mansuh


ISMAIL SABRI (kanan) beramah mesra dengan sebahagian penerima Anugerah Perkhimatan Cemerlang Jabatan Perbadanan Harta Intelek di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Kerajaan telah memansuhkan diesel super subsidi yang dinikmati pemilik lori komersial berkuat kuasa kelmarin kerana beranggapan hanya kenderaan individu dan kenderaan berkepentingan orang ramai yang wajar menikmati kemudahan tersebut.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ini bermakna lori komersial perlu membayar RM1.80 seliter diesel berbanding RM1.48 semasa menikmati diesel super subsidi.

"Pemberian super subsidi dikekalkan kepada kenderaan yang melibatkan kepentingan orang ramai seperti bas sekolah, teksi, individu yang membeli enjin bot sangkut dan sebagainya," katanya pada sidang akhbar selepas menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Perbadanan Harta Intelek Malaysia di sini semalam.

Beliau berkata, keputusan itu tidak bermakna kerajaan menarik balik subsidi diesel kerana pengusaha lori komersial masih menikmati bahan bakar itu pada harga subsidi RM1.80 seliter.

Katanya, harga diesel RM1.80 seliter yang dijual di pam masih disubsidikan oleh kerajaan sebanyak RM1.00 seliter kerana jika tiada subsidi, harga sebenar diesel adalah RM2.80 seliter.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails