BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Friday, June 3, 2011

Ust Ghazali Hasbullah dalam kenangan..

Ustaz Ghazali Hasbullah meninggal
Ismail Hashim

KUALA LUMPUR, 3 Jun: Pendakwah terkenal dengan kegigihannya, Ustaz Ghazali Hasbullah meninggal dunia jam 10 malam di Hospital Selayang akibat sakit tua.

Allahyarham semasa hayatnya bertugas sebagai guru agama dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) lebih 20 tahun dan akibat kelantangan beliau menegur ketidak-adilan, beliau pernah ditahan ISA pada 1980an.

Menurut cucu sulungnya, Abdullah Omar, datuknya berusia lebih 70 berasal dari Bagan Datoh, Perak berdakwah sehingga akhir hayatnya kerana dua hari sebelum jatuh sakit, beliau berceramah akhir di Johor.

Allahyarham meninggalkan dua isteri; Puan Asiah Johari, 60an, dan Puan Norhafizah, 40an, anak (13), sulung dalam usia 43 dan bongsu sekitar 20an, cucu (60) dan dan cicit (30).

Jenazah disolatkan di Perkampungan Islam Darul Atiq yang didirikannya sendiri pada jam 10 pagi dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Jamek Rasa.

Naib Presiden PAS, Datuk Haji Mahfuz merakamkan ucapan takziah atas pemergian tokoh ulamak ini dan mendoakan rohnya sentiasa dicucuri rahmat-Nya. AlFatihah.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails