apakah mendanya siblogger pencacai UMNO nak bandingkan Nizar dengan Jamal Abdillah sedangkan MenteriBesar PangkorMari pun dok sibuk melayani 104 anakangkat saja..siapa Nizar dan siapa siPerampas Kuasa Perak pada saat ini..?nizar cuma Ahli Parlimen dan Adun sahaja sedangkan siMugambe Zamberi adalah perampas Kuasa sebagai Ketua Negeri Perak...kalau nak komen pun biar cari fakta betul betul dulu..dahle seluruh rakyat dok sok sek Pencacai UMNO bodoh piang ini hang pulak siap bagi bukti dengan jelas memang Pencacai UMNO bodoh sampai ketumit dan tulang sum sum...hi hi hi.'."sendiri punya Taik dia sendiri makan habis"kata kawan aku ah lai
berita menggong
PANAS !!!! Jamal Abdillah MEMALUKAN Nizar Jamaluddin di Perak..
JAMAL menyampaikan sumbangan beras kepada anak-anak yatim dan wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Ipoh semalam. |
Penyanyi terkenal, Jamal Abdillah menyumbang satu treler beras kepada golongan fakir miskin, anak yatim dan ibu tunggal seluruh Perak semalam.
berita 1:kosmo
Jamal Abdillah derma beras satu treler
IPOH – Penyanyi terkenal, Jamal Abdillah menyumbang satu treler beras kepada golongan fakir miskin, anak yatim dan ibu tunggal seluruh Perak semalam.
Jamal atau nama sebenarnya, Jamal Ubaidillah Ali, 52, berkata, sumbangan 1,520 kampit beras bernilai RM20,000 itu bertujuan untuk membantu golongan terbabit menyambut Aidilfitri yang bakal tiba beberapa hari lagi.
“Saya bersyukur menerima rahmat dan hidayah oleh Allah untuk menghadapi kehidupan yang penuh pancaroba ini dan diberi anugerah (menyanyi) untuk memperoleh rezeki.
“Saya pulangkan semula sebahagian daripada rezeki itu kepada golongan memerlukan. Saya niat untuk sedekah pahalanya kepada roh arwah ayah dan ibu saya,” katanyaberita2:peraktoday
DS Zambry rai 104 anak angkat beli persiapan Hari Raya
Kegembiraan jelas terpancar di wajah 104 anak angkat Yayasan Bina Upaya Darul Rizduan (YBUDR) apabila mereka berpeluang membeli sendiri baju raya dan menerima duit raya daripada Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir di pusat belah belah Jusco Kinta City, pagi ini.
Tambah ceria bagi mereka apabila pemain pasukan bolasepak Perak seperti Shahrulnizam Mustafa dan Akmal Rizal Ahmad Rakhli turut hadir bagi membantu kanak-kanak ini mencari baju baru yang diidam-idamkan untuk digayakan di pagi 1 Syawal nanti.
Mohd Fairuz Othman, 13, dari Kuala Kurau nyata cukup gembira di atas sumbangan yang dihulurkan oleh YBUDR dan kerajaan negeri yang saban tahun tidak pernah melupakan golongan yang kurang berkemampuan sepertinya.
Katanya, pada tahun ini, baju Melayu berwarna hijau menjadi pilihannya untuk digayakan di pagi 1 Syawal nanti.
“Selain terharu di atas sumbangan ini, saya juga gembira kerana dapat berjumpa rakan-rakan lain yang juga datang dari keluarga kurang berkemampuan.
“Bapa saya bekerja sebagai pesawah dan ibu pula suri rumah sepenuh masa….kehidupan kami sekeluarga cukup sederhana dan saya amat bertuah kerana dipilih menjadi salah seorang daripada anak angkat YBUDR,” katanya yang bercita-cita menjadi pakar tanaman.
Murid Tahun 6, SK Pangkalan Pegoh, Nor Ikramuddin Mohd Najib, pula berkata, anak angkat YBUDR turut mengikuti tuisyen sebagai persiapan menghadapi peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang bakal diduduki tidak lama lagi.
Baru-baru ini katanya, semua anak angkat yang bakal menduduki UPSR tahun ini dibawa mengikuti program tuisyen di Pangkor.
“Saya begitu teruja dapat berjumpa dan bersalaman dengan Menteri Besar dan isteri yang juga merupakan bapa dan ibu kepada 104 anak angkat YBUDR.
“Sudah pasti, ketibaan 1 Syawal nanti lebih ceria buat kami kerana dapat memakai baju baru yang berwarna-warni,” tambahnya.
Selain Mohd Fairuz dan Nor Ikramuddin, YBUDR juga memiliki anak angkat yang melangkaui batasan agama dan bangsa seperti G Shashi Kumar, 12.
Murid SKJT Trong itu, turut berpeluang merasai kegembiraan rakan yang beragama Islam dalam membuat persiapan menyambut Hari Raya.
“Setiap kali tiba musim perayaan, semua kaum tidak dilupakan dan sudah pastinya kanak-kanak yang paling gembira kerana dapat memakai baju baru dan mendapat duit raya.
“Pada tahun ini, saya ingin membeli pakaian baru yang berwarna putih sebagai tambahan kepada koleksi baju yang sedia ada,” kata anak bongsu daripada empat beradik itu lagi.
No comments:
Post a Comment