BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Sunday, August 7, 2011

GERAKAN pun mahu BAI`AH..kahak kahk kahk

apa kata UMNO Perkasa dan sewaktu dengan malaun itu..GERAKAN pun mahu adakan Bai`ah dengan kata IKRAR PATUHI....khik khik..aritu sibuk sampai berbuih mulut mulut simalaun Komen Pas dengan Bai`ah yang meragukan dan sesat...nak ambil kau sekarang Rakan sekalambu kau pun dah tak Yakin sesama mereka tambah lagi dengan UMNO...UMNO taknak Bai`ah....setia dan siap sedia merembat harta Rakyat ke..?

Bakal Calon Gerakan Perlu Tandatangan Ikrar Patuhi Empat Perkara Sebelum Dipilih - Koh

KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) -- Calon yang menawarkan diri untuk bertanding atas tiket parti Gerakan pada pilihan raya umum akan datang berkemungkinan perlu menandatangi ikrar mematuhi empat perkara, kata Presidennya Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Empat perkara yang meliputi ikrar itu ialah maklumat yang diberikan adalah benar dan telus, tiada masalah hutang atau bankrap, jika dipilih akan menjalankan tugas sebaik mungkin mengikut perlembagaan parti dan jika tidak terpilih mesti berjanji untuk menyokong calon yang dipilih parti untuk kawasan, katanya.

Pendekatan kali pertama yang bakal diperkenalkan itu akan membolehkan setiap bakal calon atau calon berpotensi dianalisis oleh jawatankuasa kerja pusat bagi mengelak sebarang masalah seperti calon yang telah dipilih dan diumum mewakili parti mempunyai masalah hutang dan 'skandal' yang boleh merugikan parti dan mereka yang tidak terpilih pula tidak 'menikam' parti dari belakang, katanya.

"Saya serius mempertimbangkan untuk mengesyorkan kepada jawatankuasa kerja pusat bahawa semua calon atau calon berpotensi atau mereka yang menawarkan diri untuk menjadi calon akan diminta untuk menandatangani ikrar.

"Jika bersedia untuk menandatangani ikrar itu maka kita (parti Gerakan) bersedia untuk mempertimbangkan mereka dan jika tidak, mereka tidak akan diberikan tempat," katanya pada sidang media selepas merasmikan persidangan perwakilan tahunan perhubungan negeri pemuda dan wanita Gerakan Wilayah Persekutuan di Menara PGRM di sini, hari ini.

Beliau berkata perubahan landskap politik semasa menuntut parti itu membuat keputusan dengan memilih calon yang boleh mendapat sokongan daripada rakyat walaupun hakikatnya adalah sesuatu yang sukar untuk berbuat demikian.

Koh berkata pada dasarnya parti itu juga telah mengenal pasti calon-calon yang bakal bertanding pada pilihan raya umum akan datang dengan keputusan akhir calon yang bertanding di beberapa kawasan telah hampir diputuskan.

Beliau berkata berbeza dengan pertandingan pada tahun 2008, pemilih kini boleh menaruh harapan untuk melihat calon yang lebih muda dan wajah-wajah baru mewakili parti itu.

"Kita sedang menilai mereka, di beberapa kawasan kami telah hampir memutuskan siapa yang akan bertanding namun tidak akan mengumumkannya sebelum diperakui oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN).

"Dulu keputusan siapa calon hanya diputuskan kurang dari seminggu dari hari pencalonan tetapi ketika itu (sebelum pilihan raya umum 2008) kaedah sedemikian berjaya walaupun jentera parti tidak bergerak sebaiknya dan ketika itu landskap politik sangat positif pada Barisan Nasional dan Gerakan, walaupun letak siapa calon tentu boleh menang,"katanya.

Pada pilihan raya umum lepas Gerakan bertanding di 12 kawasan Parlimen dan 31 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). Jumlah kerusi Gerakan di DUN bertambah kepada 35 selepas Mac 2008 apabila tiga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bebas di Sabah dan seorang di Pahang telah menyertai parti itu.

Ditanya apakah Gerakan akan meminta untuk bertanding di 35 DUN itu pada pilihan raya umum akan datang Koh berkata, perkara itu tidak perlu dibincangkan di media sebaliknya ia akan diatasi melalui perbincangan secara dalaman parti.

"Kita tidak mahu mereka yang bergaduh merebut kerusi secara terbuka menjadi calon walaupun mereka boleh menawarkan diri sendiri untuk menjadi calon, boleh perkatakan apa yang boleh mereka lakukan tetapi pada akhirnya keputusan hanya dibuat selepas melalui beberapa tapisan seperti jawatan kerja pusat, jawatankuasa pemilihan, Presiden parti dan Pengerusi BN," katanya.

-- BERNAMA

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails