|
DAMANSARA 29 0G0S: Dua keluarga mengemukakan saman RM5 juta terhadap Polis Diraja Malaysia berikutan penahanan anak mereka yang dituduh terlibat dalam kegiatan samun dan pecah kenderaan.
Kedua-dua keluarga menyatakan rasa tidak puas hati dengan penahanan anak mereka yang dibuat tanpa bukti kukuh.
Khairul Azani Mohd Lazawi, 21, Mohd Amir Anwar, 20, dan Mohd Khairul Liza Mohd Lazawi, 25 ditahan polis berikutan penemuan dua palam pencucuh diubahsuai dalam raga motorsikal mereka.
Mohd Lazawi Abdullah, 50, mendakwa anaknya ditahan selama 17 hari di Balai Polis Kota Damansara, Balai Polis Shah Alam, Balai Polis Bukit Jalil, Balai Polis Kepong, Balai Polis Pelabuhan Klang dan Balai Polis USJ Subang Taipan dan dipaksa mengaku terlibat dalam beberapa kes samun dan kecurian di kawasan terbabit.
Polis bagaimanapun gagal mendapatkan pengakuan dan mahkamah majistret menolak permohonan polis mendapatkan tambahan penahanan reman.
Khairul Azani dan Mohd Amir dibebaskan 26 Ogos lalu, manakala Khairul Liza masih ditahan atas arahan Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, tanpa sebarang dokumen rasmi.
1 comment:
Assalamualaikum dan selamat hari raya,maaf zahir batin.Semoga puasa tahun ini kita mendapat keampunan dan rahmat dariNya.Terimakasih sudi jadi penasihat(tukang komen tegar) dalam blog saya.
-ijoks2009-
Post a Comment