BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Tuesday, August 16, 2011

Penduduk Simpang.Berhati hati dengan Batu..

samaada Batu cincin,Jambu Batu,Batu Nizan atau Kepala Batu..perlu berhati hati dan bertindak sebijak mungkin..nauzubillahi zalik hanya Allah pelindung sebenar..

Rugi gara-gara batu merah


SIMPANG – Seorang warga emas mendakwa dipukau apabila kerugian RM4,000 sebagai tukaran untuk mendapatkan sebiji batu merah yang dikatakan mempunyai nilai berlipat ganda apabila dijual.

Warga emas, Ismail Talib, 75, berkata, kejadian berlaku Jumaat lalu, di pasar Simpang ketika menunggu isterinya membeli barang, kemudiannya disapa seorang lelaki Melayu berusia dalam lingkungan 30 tahun.

Menurutnya, lelaki itu berpura-pura bertanyakan alamat sambil bercerita mengenai dirinya, sementara itu, seorang lelaki lain memintas kami tetapi berpatah balik dan bertanya kepada lelaki pertama tadi sama ada mempunyai hal dengannya.

“Kemudian, lelaki pertama itu menunjukkan sebiji batu merah dikatakan boleh dibuat ubat.

“Saya melihatnya tersimpan dalam sebuah bekas dan bercahaya. Lelaki itu menawarkan batu itu dengan harga RM70,000 tetapi, lelaki pertama tidak mahu menjual kepadanya,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Ismail berkata, menurut lelaki pertama, dia hanya akan menjual kepada orang pertama yang ditemuinya.

Menurutnya, lelaki itu tidak kisah berapa sahaja wang yang dia ada, seterusnya bertanya mengenai wang simpana Ismail, pada masa yang sama ada dua lagi lelaki yang turut serta dalam perbincangan itu dan berharap sangat dia membeli batu itu.

“Sebagai pesara, pakcik tidak mempunyai banyak wang, bagaimanapun, pakcik terkeluar kata mengenai simpanan isteri saya di Tabung Haji.

“Dia sanggup untuk menunggu pakcik menghantar isteri balik ke rumah dan mengeluarkan wang itu,” katanya.

Kata Ismail, ketika di bangunan Tabung Haji , pegawai di sana bertanya mengapa dia mengeluarkan begitu banyak wang tetapi menurutnya, dia masih tidak sedar dengan apa yang dilakukan.

Jelasnya, lelaki pertama itu juga bersamanya dan isteri untuk mengambil wang itu, setelah memberikan wang itu di dalam kereta lelaki itu lesap dari pandangannya.

“Sebelum keluar lelaki itu menyuruhnya bersolat di rumah, pakcik tidak mengikut permintaan dan terus bersolat di masjid memandangkan hari itu adalah hari Jumaat.

“Bagaimanapun dengan kuasa Allah, pakcik baru tersedar mengenai hal itu dan keluar terburu-buru untuk mencarinya semula tetapi terlambat,” katanya.

Katanya, kelibat mereka tidak kelihatan dan terus membuat laporan polis di Balai Polis Simpang.

“Pakcik menemui Ahli Majlis Mesyuarat Masyarakat Sivil Majlis Perbandaran Taiping, Sallehudin Ibrahim yang juga jiran pakcik untuk bercerita mengenai hal ini kerana tidak tahan dengan situasi tersebut.

“Dia menasihatkan pakcik untuk menceritakan hal ini kepada media supaya orang ramai berhati-hati dengan penipuan licik ini,” katanya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails