BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Saturday, August 13, 2011

siasattttttttttt...macam le kerja kerja jahat ini baruuu

memang dah lama dah kerja kerja jahat macam ini bikinan Puak Puak yang makan duit Rakyat..cuma ramai rakyat malas nak buat report..sebab akhirnya jadi..report pada Penyamun yang rumah kita dimasuki pencuri...faham faham ajele...TUMBANGKAN YANG TERTINGGI....selamat semua..

Polis siasat punca remaja parah



























MOHD. NASHIR (kiri) mendengar penerangan daripada pegawainya ketika melawat Muhammad Solihin yang koma di HSB, Alor Setar semalam.


ALOR SETAR – Polis telah memulakan siasatan berhubung dakwaan seorang remaja, Muhammad Solihin Che Kassim, 14, yang dikatakan koma selepas dibaling dengan topi keledar oleh dua anggota polis ketika melakukan rondaan di Kampung Felcra Lubuk Sireh, Chuping, Perlis Sabtu lalu.

Sehubungan itu, Pemangku Ketua Polis Perlis, Supritendan Mohd. Nashir Ya berkata, pihaknya telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 338 Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan kecederaan melalui perbuatan yang merbahayakan nyawa manusia.

Katanya, siasatan dibuat selepas pihaknya menerima tiga laporan daripada pihak-pihak terlibat iaitu bapa mangsa, Che Kassim Darus, 41, satu daripada anggota polis yang dikatakan membaling topi keledar kepada mangsa dan satu lagi laporan daripada seorang polis trafik.

“Keterangan saksi-saksi sedang dikumpul sebelum membuat rumusan mengenai kes tersebut,” katanya ketika ditemui selepas melawat Muhammad Solihin di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini semalam.

Akhbar sebelum ini melaporkan Che Kassim mendakwa anaknya cedera parah di kepala akibat terkena topi keledar yang dibaling oleh anggota polis sewaktu menjalankan rondaan pukul 9.40 malam Sabtu lalu.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails