BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Wednesday, August 31, 2011

Fuhyooo...sakongan Padu..nak tunggu apa lagi..?

Fuhyooo.100ribu ramainya...tapi mahunya tak ramai..berapa ramaipulak anak biometrik dan berapa pula pelancong asing..siap Mah nyanyi lagi tak duet ke dengan JIB...hi hi makan free dapat pulak buah tangan...dan jengok jengok SRI PERDANA dan keadaan rumah itu..senang nak enjoy bila dah meruduk nanti..macam istana gadaffi...
100,000 orang serikan rumah terbuka PM, kabinet
Lebih 100,000 orang menyerikan sambutan Rumah Terbuka Perdana Menteri dan Jemaah Menteri di Seri Perdana sempena sambutan Aidilfitri hari ini.

Mereka yang hadir terdiri daripada diplomat asing, pemimpin parti-parti politik, pelancong asing dan warga tempatan yang disajikan dengan pelbagai juadah serta dihiburkan dengan pelbagai persembahan yang melambangkan semangat 1Malaysia.

Majlis yang berlangsung di kediaman rasmi Perdana Menteri itu bermula pada jam 12 tengahari dan berakhir pada pukul 6 petang.

Orang ramai mula membanjiri pekarangan Seri Perdana sejak jam 11 pagi untuk sama-sama memeriahkan sambutan Aidilfitri bersama pemimpin negara.

Cuaca mendung pada sebelah pagi tidak sedikit pun menjejaskan perjalanan majlis mahupun kunjungan orang ramai yang berbaris panjang untuk menyampaikan ucapan Selamat Hari Raya kepada Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, serta barisan kabinet negara.

Turut hadir ialah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.

Antara orang kenamaan yang menyerikan majlis sambutan ini ialah bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali serta bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam.

Rosmah turut menyerikan majlis apabila menyanyikan beberapa lagu untuk tetamu khas pada majlis itu.

Beberapa artis tempatan turut serta dalam majlis itu antaranya Dafi, Nubhan dan Aisyah.

Antara juadah yang disajikan termasuklah makanan tradisional masyarakat Melayu, Cina, India dan pelbagai kumpulan etnik yang lain.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails