BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Thursday, August 11, 2011

Baru dalam Perbincangan..dah ada yang Ubah suai.

SPR:apalah punya keselamatan mangkuk ni..baru nak bincang dan nak aplikasi dalam PRU13 dah ada individu yang boleh ubahsuai dah..KDN sendiri mengakui dah tak memenuhi spesifikasi yang ditetapkan gomen...KOMAN SPANNER BETUL..siSPR masih dengan hujah dangkal yang diajar UMNOBN terus mempertahankan penggunaan Biometerik yang dah awal awal lagi kdn kata tidak selamat...apera punya mangkuk hayun mereka ini..CEPAT MURAH DAN BERKESAN..GUNAKAN DAKWAT KEKAL...selesai Problem....Koman betol Gomen 1Malaysia kalau yang ini pun takdapat diNilai dgn waras..
600 peralatan biometrik daftar pendatang diubahsuai
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menyiasat beberapa syarikat pengurus yang dikenal pasti menggunakan khidmat perunding teknologi maklumat (IT) tidak sah untuk mengubahsuai peralatan biometrik yang digunakan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi program 6P.

Program 6P iaitu Program Penyelesaian Menyeluruh Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) meliputi enam pelan tindakan iaitu pendaftaran, pemutihan, pengampunan, pemantauan, penguatkuasaan dan pengusiran.

NONETimbalan Ketua Setiausaha (Kanan) Pendaftaran dan Imigresen KDN Datuk Alwi Ibrahim dalam satu kenyataan berkata hasil pemantauan oleh KDN sehingga semalam mendapati kira-kira 600 peralatan yang dikendalikan syarikat pengurus telah diubahsuai sekaligus tidak lagi memenuhi spesifikasi ditetapkan kerajaan untuk tujuan kegunaan program itu.

Katanya, tindakan tidak bertanggungjawab itu telah menyebabkan kerosakan kepada sistem yang telah diselaraskan oleh KDN dan pada masa yang sama turut dilindungi di bawah Akta Rahsia Rasmi Kerajaan.

"Kesannya, data yang diambil daripada pekerja dan Pati gagal dimuat naik ke dalam server utama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) untuk dijumlahkan dengan statistik lain yang diterima daripada seluruh negara," katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata semua syarikat pengurus telah diberi amaran keras supaya tidak melakukan sebarang percubaan serupa kerana gangguan sistem ini berisiko mengeluarkan slip Nexcode pendaftaran Pati dengan nombor kod rujukan berganda.

NONEJika ini berlaku, Pati kelak akan berhadapan dengan masalah ketika proses pemutihan dan pengampunan, katanya.

Alwi berkata syarikat pengurus yang memerlukan bantuan menyelesaikan kes-kes sedemikian diminta merujuk kepada kaunter setempat KDN di ibu pejabat kementerian yang ditubuhkan sejak 8 Ogos lepas sebagai inisiatif membantu syarikat pengurus menangani masalah teknikal jika masih wujud.

Sementara itu, Alwi berkata jumlah pendaftaran Pati dan Pekerja Asing telah merekodkan sejumlah 1,637,725 orang dan daripada jumlah tersebut, 830,837 adalah angka yang dicatatkan untuk Pendaftaran Pekerja Asing Sah yang bermula 13 Julai lepas.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails