BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Friday, August 5, 2011

Untung sabut Timbul...Untung Altantuya..tak terkesan..

untung mempunyai Pihak Polis bagai "sabut"yang cekap ,Pantas dan effisyen....tapi apa cerita tuya dah jadi "Fiksyen"..sabutttttttt aje...berasap aje guna nya..atau lapik punggok

Kes bunuh pegawai veterinar selesai

05/08/2011 3:48pm

IPOH - Polis percaya telah dapat menyelesaikan kes pembunuhan Timbalan Pengarah Veterinar Negeri Perak, Dr. Rohani Kassim, 38, yang dijumpai mati di rumahnya di Ulu Kinta di sini semalam ekoran penangkapan empat lelaki.

Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Zakaria Yusof berkata, dua suspek ditangkap kira-kira sejam selepas penemuan mayat Dr. Rohani pada kira-kira 3.30 pagi semalam tidak jauh dari rumahnya manakala suspek ketiga ditahan pada 4.30 petang di Tanjung Malim dan suspek keempat ditahan pada 10.30 malam tadi di Slim River.

"Mereka yang ditahan itu berusia antara 20 hingga 26 tahun dan polis turut menemui barang-barang kemas dan telefon bimbit dipercayai milik mangsa,” katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

Zakaria berkata, dua daripada suspek adalah penganggur, seorang lagi pekerja Pos Malaysia manakala seorang lagi adalah askar yang melarikan diri daripada tugas.

"Seorang daripada mereka mempunyai rekod jenayah bersabit kes rogol di Slim River tahun lalu,” katanya. - Bernama

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails