BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Friday, August 26, 2011

SAMAPADAN ke..?dengan BigMama..

Gaji pemain bola Inter Milan hampir 7 juta sebulan ..adakah sama padan atau lebih dari Kautan wang Rakyat oleh BigMama...tapi apa pun wang yg diterima Eto`o namanya Gaji..tapi wang yang dikaut BigMama adalah wang rakyat...namanya apa..?

Gaji Eto'o RM1.7 juta seminggu

LONDON - Samuel Eto'o bakal menjadi pemain yang menerima gaji termahal di dunia selepas meninggalkan Inter Milan untuk menyertai kelab Rusia, Anzhi Makhachkala.

Penyerang Cameroon berusia 30 tahun itu akan menerima gaji £345,000 (RM1.7 juta) seminggu selepas Anzhi sanggup membelinya dengan harga perpindahan £22 juta (RM108 juta).

"Hari ini (kelmarin) satu perjanjian telah dicapai di antara Anzhi dan Inter berhubung perpindahan Samuel Eto'o.

"Syarat-syarat perpindahan itu telah dipersetujui bersama oleh kedua-dua kelab tersebut.

"Anzhi melahirkan rasa penghargaannya terhadap pegawai atasan Inter Milan di atas sikap profesional dan usaha keras mereka dalam perbincangan ini.

"Esok pemain itu (Eto'o) akan menjalani ujian perubatan dan kemudian ditawarkan kontrak selama tiga tahun sekiranya melepasi ujian berkenaan.

"Pada Khamis (hari ini), dia akan tiba di kelab barunya ini dan akan menjalani persiapan bagi perlawanan menentang FC Rostov," lapor kenyataan daripada laman web rasmi kelab tersebut.

Anzhi dimiliki oleh jutawan Rusia, Suleyman Kerimov dan turut mempunyai bekas pemain bintang yang lain seperti Roberto Carlos dan Yuri Zhirkov.

Eto'o telah menjaringkan 21 gol dalam 35 perlawanan Serie A bersama Inter musim lepas selain pernah membantu Barcelona menjuarai trofi Liga Juara-Juara pada 2006 dan 2009. - Agensi

2 comments:

Rakan Media Rakyat News said...

Salam NUR Ramadhan,

Blog ini antara blogger hebat yg diperakui tlh mencetuskan persaingan sengit di dalam dunia media maya politik tanah air.

Mohon JASA baik Tuan untuk link blog saya..

JOURNEYMAN
The author of kl pos portal

http://journeyisman.blogspot.com/

bijan said...

OK TUAN SIAP DILINK KAN

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails