BUAT SURAT JEMPUTAN RASMI..DAH TENTU MAD SABU AKAN HADIR..MASA ITU KITA TENGOK SIAPA KENCING DALAM SELUAR SIAPA TERBERAK SAMBIL JALAN..DAN BUAT LIVE TELECAST SELURUH MALAYSIA MASUK LE TV 3/4 ATAU 4 SUKU..BIAR SELURUH RAKYAT NILAI DAN FAHAM SIAPA SEBENARNYA PENGKHIANAT NEGARA DAN BANGSA..SIAPA YANG UBAH SEJARAH NEGARA BERSESUAIAN DGN KEHENDAK MEREKA..APA MACAM ADA BERANIKE. ATAU BERKOKOK DIMEDIA SAJA..PAK DIN..?
Mat Sabu dicabar debat isu pejuang kemerdekaan, komunis
KUALA LUMPUR, 29 Ogos — Pengerusi Majlis Perundingan Melayu Malaysia, Kolonel Profesor Dato Dr Kamarudin Kachar mencabar Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, yang kini menjadi kontroversi berhubung isu pejuang kemerdekaan dan komunis, agar beliau berdebat dengan pakar-pakar sejarah.
“Dan, jika betul-betul hendak menunjukkan kehandalan dalam bidang sejarah negara, disarankan (supaya) Mat Sabu berdebat dengan satu panel pakar sejarah negara di hadapan 200,000 orang staf PDRM dan ATM termasuk yang telah berjuang dalam zaman komunis dan juga yang telah bersara,” kata beliau yang juga bekas komander Rejimen Askar Wataniah 512 Terengganu dalam satu kenyataan hari ini.
Kamarudin berkata, tuduhan Mohamad sesuatu yang sungguh melulu amat mendukacitakan dan memalukan kaum Melayu yang telah mula bertamadun dan membuktikan kegagahan di dunia khasnya rantau Asia Tenggara lebih 4,000 tahun dulu.
“(Mohamad) Mat Sabu tidak ada maruah sebab itu sanggup jadi budak suruhan,” kata beliau sambil meminta pemimpin itu supaya jangan sekali-kali menukar sejarah negara kerana ia adalah warisan nenek moyang.
“Jika cuba menukarkannya ditakuti tumpahan darah akan berlaku dan jika itu berlaku PAS bertanggungjawab,” katanya lagi.
Kata Kamarudin lagi, Mohamad perlu berhentik jadi “robot dan janganlah lagi memuji pengganas komunis” dan jangan terus menghina jasa bakti para pejuang negara yang telah memerdekakan negara.
“Mat Sabu mesti minta maaf kepada seluruh warga negara Malaysia,” katanya lagi.
Dalam reaksina semalam, Mohamad mengambil pendirian untuk tidak memberi sebarang komen berhubung dakwaan akhbar Utusan mengatakan beliau menghina pejuang kemerdekaan dalam satu ceramah di Tasik Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos lalu.
Mohamad menambah, beliau mahu melihat kembali rakaman video berhubung ceramah itu sebelum memberikan sebarang komen.
Akhbar milik Umno terus menyerang Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu sejak beberapa hari lalu kerana menghina perjuang kemerdekaan dengan menganggap pihak komunis yang menyerang pasukan keselamatan dalam tragedi Bukit Kepong pada 1950 adalah hero sebenar.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin melahirkan rasa kesal dengan kenyataan Mohamad itu yang mengangkat pengganas komunis sebagai hero sebenar perjuangan kemerdekaan negara.
1 comment:
Ingatkan Askar Melayu rupaxnye ???
Post a Comment