BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Wednesday, August 24, 2011

Rasuah Rm50k..fuuuhyooo boleh Percaya ke..?

Zaman sekarang ..lapor pada Polis,Sprm dah jadi mainan ahli Politik khususnya dari UMNOBN..lapor sesuka hati kekadang tanpa sebarang bukti hanya semata mata sebab lama dah muka dia tak kuar kat Media Pengampu dan untuk terus meletakkan nama mereka diperingkat dimana PieeeM nya nampak dan ada harapan jadi calon atau pun dapat projek..itu aje..?tapi dalam kes ini kita tunggu dan lihat apa tindakan seterusnya dari SPRM dan juga tindakan dari Ust Nor Azli musa (sekarang kemungkinan besar berada diGaza).
atau mungkin juga siFauzi ini bakal calon Dun trong ..

DiPihak Pas pulak perlu juga berhati hati dan mengambil kira soal ini jangan sampai akhirnya DUN ini dimenangi BN tanpa bertanding..'"BIAR KALAH SEBAGAI PANGLIMA"dan "BUKAN KALAH KERANA KEBEBALAN KITA SENDIRI"

Fauzi lapor SPRM dakwa Nor Azli cuba rasuah RM50,000

IPOH 23 Ogos - Presiden Pertubuhan Kebajikan Wawasan Kesejahteraan Insan Negeri Perak, Fauzi Muda hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendakwa bekas Ketua Dewan Pemuda Pas Perak, Nor Azli Musa dan peguamnya cuba merasuah beliau sebanyak RM50,000.

Dalam laporan tersebut, Fauzi mendakwa pada 10.30 malam kelmarin, dua lelaki yang memperkenalkan diri sebagai wakil firma guaman Zainul Rijal Talha & Amir datang ke rumahnya kerana mahu berbincang tentang notis saman fitnah terhadapnya yang dihantar semalam.

Katanya, dalam perbincangan itu, beliau ditawarkan RM50,000 dengan syarat bersedia melakukan beberapa perkara termasuk meminta maaf secara terbuka kepada Nor Azli dan menyokong kenyataannya terhadap Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.

"Selain itu, saya diminta menarik balik segala tuduhan dan dakwaan dalam isu jutawan segera melibatkan pemimpin pembangkang termasuk Nor Azli yang dilaporkan kepada SPRM.

"Saya juga diminta mengaku bahawa segala tindakan itu adalah atas bayaran atau agenda UMNO dan Barisan Nasional (BN)," katanya di pekarangan pejabat SPRM Perak di sini, hari ini.

Mengenai tuntutan saman oleh Nor Azli, Fauzi menegaskan bahawa beliau tidak akan memohon maaf kepada bekas Ketua Dewan Pemuda Pas Perak itu dalam tempoh seminggu seperti dituntut.

"Yang kedua, tiada sebab untuk saya bayar RM250,000 kepada mereka dan ketiga, saya mohon dengan segala hormat kepada Nor Azli supaya segera kemukakan saman supaya saya boleh membuat banyak lagi pendedahan di mahkamah," katanya.

Fauzi yang merupakan bekas Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak turut mencabar Nor Azli menafikan secara terbuka bahawa beliau bukan salah seorang 'jutawan segera' dan mengisytiharkan asetnya semasa dan selepas 11 bulan pemerintahan pembangkang di Perak.

"Saya sudah serah kepada SPRM senarai individu yang disyaki memiliki kemewahan segera semasa pemerintahan pakatan pembangkang. Nor Azli pun sudah tahu dia salah seorang daripadanya," katanya.

Beliau turut sedih kerana terpaksa berhadapan tindakan saman daripada individu yang mengaibkan Harussani.

"Sepatutnya Nor Azli layak disaman oleh Mufti Perak kerana menggelar Harussani dengan panggilan 'Syaitan bercakap' dan 'Haramsani'. Namun, saya terima hakikat ini kerana ia untuk kebenaran dan maruah seorang yang patut kita hormati," katanya.

Fauzi disaman fitnah kerana kenyataannya semasa membela Harussani di Utusan Malaysia pada 7 Jun lalu apabila mendakwa Nor Azli antara lapan pemimpin pembangkang yang menjadi 'jutawan segera' semasa tempoh 11 bulan pemerintahan pembangkang di Perak sehingga mampu membeli rumah berharga RM500,000.

2 comments:

Anonymous said...

stakat dkwaan Fauzi tak Tua ni tk pyah lyan le.msa dua ekor ktak tu mlompat kluar dr PR pun dia ada buat laporan polis knon ny dia di sogok oleh Umno.dia ni di mna pun dia berada dia akn tetap mnyusah kn org lain.klau tidak hal politik hal pribadi dia sekeluarga

bijan said...

macam saya katakan..semua ini hanya untuk menarik perhatin PieeeM..kan Pru dah dekat harap harap dapat jadi calon atau jadi manager calon..ada masyuk..tapi apa pun kita perlu berhati hati..kerana UMNO sanggup buat apa saja utk menang free..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails