BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Tuesday, August 9, 2011

Macam macam ada diMalaysia..

MACAM MACAM ADAAAA..KENCING DALAM TANDAS HOSPITAL PUN DAH TAK SELAMAT..9HB BERLINDUNG DALAM HOSPITAL KENA TEMBAK GAS PEMEDIH MATA..NAK SEKARANG KENCING DLM TANDAS HOSPITAL DISAMUN..Adoooh adohhhh...bala apa sedang menimpa Rakyat 1Malaysia..?

Lelaki buang air kecil kena samun RM2,000


GOMBAK: Seorang lelaki yang membuang air kecil disamun seorang lelaki dalam sebuah tandas di Hospital Selayang, di sini, menyebabkan kerugian RM2,000, Sabtu lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, mangsa yang berusia 29 tahun berseorangan dalam tandas berkenaan sebelum seorang lelaki tidak dikenali menghampirinya.


Sebaik menghampiri mangsa, lelaki terbabit mengeluarkan pisau lipat serta mengacukan ke arah mangsa dan meminta jangan menjerit jika tidak mahu diapa-apakan.

Menurut sumber, mangsa yang terkejut dengan tindakan itu hanya berdiam diri dan merayu supaya tidak diapa-apakan.


“Suspek mengarahkan mangsa menyerahkan barangan berharga miliknya.


“Lelaki terbabit merampas dan melihat wang yang ada di dalamnya sebelum menyimpan di dalam poket seluarnya,” katanya.

Sumber berkata, mangsa meminta dilepaskan, namun lelaki itu menyuruh dia menanggalkan jaket dipakai.


“Mangsa yang menggigil ketakutan menyerahkan jaket itu sebelum suspek mengikat tangan dan kakinya

“Suspek melarikan diri meninggalkan mangsa keseorangan di dalam tandas itu,” katanya.


Pengawal keselamatan yang melalui kawasan berkenaan terdengar jeritan mangsa meminta tolong dan masuk ke dalam serta melepaskan ikatannya

2 comments:

Anonymous said...

saudara..takkan itupun nak salahkan kerajaan...

bijan said...

BUKAN SALAHKAN DIRECT KERJAAN..tapi banyak sangat Indirectnya..kawasan Hospital dimana keselamatnnya..kenapa tiada usaha atau aturcara yang disusun oleh Pihak Pihak yg bertanggung Jawab untuk memberikan keselamatan kpd Rakyat..sedangkan diLuar sana Pihak Keselamatan sibuk dengan perkara perkara yg tak berfaedah..dan siap tayang Video dengan hujah hujah yang merapu..dan banyak lagi kalau nak ulas..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails