BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Sunday, August 21, 2011

Sebahagian Pimpinan dan Bini Mereka bangga dengan Pershiasan..

sedang sebahagian Pimpinan konon konon Pejuang Islam bermegah megah dengan perhiasan dan Pakaian nun disana ramai lagi Umat Islam mencari cari sesuap nasi untuk diri dan anak beranak mereka..dimana siMalaun Malaun yang dok bising sana sini ..Pejuang Islam dan Bangsa yang doko kokok serata benua sebagai Pejuang sebenar..?

Presiden Turki lawat Somalia, di mana yang lain?








PERMATANG PAUH, 21 Ogos: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (Keadilan), Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji Perdana Menteri Turki, Resep Tayyip Erdogan kerana menjadi pemimpin dunia Islam pertama sanggup melawat kesengsaraan rakyat Somalia yang sedang dilanda kebuluran.

(Erdogan bersama isterinya dan Presiden Somalia, Sheikh Sharif Ahmed melawat mangsa kebuluran di Somalia)

Baginya, usaha yang dilaksanakan oleh Perdana Menteri Turki itu merupakan langkah awal untuk membuktikan pemerintahan dunia Islam juga bersimpati dengan mala petaka yang melanda Somalia sejak dulu.

Justeru itu, Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh turut kesal kerana dunia Islam memiliki kekayaan samada individu mahupun negara tetapi masih kedekut untuk menyumbangkan kepada Somalia sebgai bakti atas rasa kemanusiaan.

Erdogan dan isteri Emine melawat Somalia yang sedang dilanda kebuluran Jumaat lalu dan berjanji akan memberikan bantuan untuk meringankan beban rakyatnya.

Erdogan juga berjanji akan membuka semula kedutaannya di negara itu.

"Saya sendiri rasa malu dengan kenyataan Perdana Menteri Turki yang kesal dunia Islam masih jauh untuk menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Somalia yang sedang bertarung nyawa untuk mendapatkan makanan seharian, " jelasnya.

Tanya Anwar, di manakah kekayaan dunia Islam selama ini adakah digunakan untuk bermegah-megah atau sekadar memenuhi poket sendiri.

Di Malaysia pun ramai yang kaya raya terutamanya kepimpinan Umno tetapi adakah mereka memikirkan untuk menyalurkan bantuan kepada rakyat yang menderita.

"Kebanyakan daripada mereka asyik berpoya dengan kemewahan dan kemegahan. Mana boleh menyalurkan peruntukan kepada mereka yang daif termasuk rakyat Somalia yang bakal maut pada bila-bila masa sahaja, " terang Anwar pada majlis sumbangan fakir miskin Parlimen Permatang Pauh di hadapan masjid Kubang Semang semalam.

Seramai 490 sumbangan wang dan poskad raya disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Penanti, Datuk Mansor Othman serta Speaker Dun Pulau Pinang, Datuk Abdul Halim Husain.

2 comments:

leekonu said...

aku pigi pilipina lawat MEMBER KRISTIAN ESTRADA bole...pigi SOMALIA X BOLE.PIGI PALESTIN LAGI X BOLE TAKOT MATI KENA TEMBAK ISRAEL

MOH KEMBARA said...

Assalamualaikum Yob,

Itulah masalahnya dgn orang Islam dan negara Islam. Duit banyak tapi digunakan ditempat yg salah! Untuk entry yg sama tp tak serupa sila ke blog teman http://mohkembara.blogspot.com tentang lawatan Erdogan dan isteri ke Somalia. Selamat berpuasa dan selamat hari raya Yob.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails