BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Monday, August 15, 2011

Tahniah..dan Amaran buat Felcra agensi Kerajaan ..yang terus menerus menindas Rakyat..

Yang sedihnya siFelcra sebagai agensi Kerajaan..terus menerus menindas Rakyat dimana yang sepatutnya sebagai agensi Kerajaan mereka membela Rakyat..tetapi kenapa dia jadi gini..hasil otak UMNO yang hanya pentingkan perut Kroni dan Pimpinan mereka..danjadikan alasan membela Rakyat utk mengenyangkan mereka..sialan

Waris menang saman Felcra
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 14 Ogos: Seorang waris kepada peserta Felcra di Tapah, Mohamad Ramly Sanji menang dalam samannya terhadap Felcra Berhad yang didakwa menceroboh tanah milik ibunya.

Keputusan itu dibuat Mahkamah Tinggi Ipoh melalui Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Dr Hassan Abd Rahman yang memutuskan bahawa perjanjian yang dibuat oleh Felcra dengan ibu plaintif sebelum ini tidak sah.

Sehubungan itu pihak Felcra diarah membayar ganti rugi kepada plaintif dan kos tindakan itu akan ditaksirkan mahkamah.

Selain itu Hakim juga mengeluarkan perintah injuksi yang menetapkan bahawa pihak Felcra perlu mengosongkan tanah tersebut dalam masa 30 hari dan segala kos pengosongan itu perlu ditanggung pihak Felcra.

Plaintif menfailkan saman berkenaan pada 2008 selepas mendapati pihak defenden iaitu Felcra Berhad melakukan pencerobohan ke atas tanah seluas dua hektar dijalan Kacu Tapah, yang dibangunkan atas tujuan tanaman kelapa sawit.

Kes beliau antara yang mendapat bantuan dan sokongan Badan Bertindak Peserta Felcra (Bapa), iaitu sebuah NGO yang memperjuangkan nasib peserta Felcra.

Kemenangan rakyat

Sementara itu, menurut pengerusi Bapa yang juga merupakan Timbalan Pesuruhjaya III PAS Perak, Tuan Haji Razman, beliau menganggap kemenangan tersebut sebagai kemenangan rakyat.

Beliau menyatakan, kes itu menjadi penyuntik semangat kepada NGO itu untuk terus memberi kesedaran serta membantu peserta-peserta mendapatkan semula hak-hak mereka yang selama ini tidak diendahkan oleh pihak pengurusan Felcra

2 comments:

Anonymous said...

Mohamad Ramly Sanji ni kaki penipu..pekena byk orang yang jamin dia pinjam bank.. Bekas pegawai polis...Dulu HR Manager kat Matsushita, Sg Petani.

Pernah buntingkan teman sulitnya...
Mana mahu dapat alamatnya.

suahati said...

Felcra pun sekarang dah tak berapa minat nak jaga kebun2 peneroka lagi......depa nak bisnis besag2 aje......jaga kebun xuntung kot....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails