BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Thursday, August 25, 2011

Zunar mesti frust sebab ada benda terlebih lawak dari "KARTUN" dia.

khik khik khik tersedaq..auw auw auw..mesti ZUNAR kecewa sebab dah ada orang lebih bijak dari dia buat lawak lebih hebat..dengan hanya bermodalkan setem Poas biasa dalm rm1 aje...hebat woooo...

Menteri Dalam Negeri terima ugutan bunuh, peluru hidup













Menteri Dalam Negeri, Datuk Hishammuddin Hussein berkata beliau menerima ugutan bunuh bertulis dan dua peluru hidup melalui pos hari ini.

"Saya mengesahkan bahawa hari ini saya menerima dua butir peluru hidup yang dihantar melalui pos ke pejabat saya dan saya juga menerima ugutan. Ini adalah kali pertama saya menerima surat ugutan serta peluru.

"Surat itu diterima oleh seorang pegawai saya dan beliau telah pun membuat laporan polis," katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis berbuka puasa di Masjid al-Ikhlasiyah di Pantai Dalam di ibunegara, beliau bagaimanapun enggan memberitahu kandungan nota ugutan tersebut.

Sampul surat itu dihantar ke pejabatnya di Putrajaya melalui pos biasa dan diterima pada kira-kira jam 2 petang dan dibuka oleh seorang kerani kepada salah seorang pegawai khasnya.

Seorang kakitangan Hishammuddin memberitahu media bahawa dua peluru hidup itu diletakkan dalam lubang yang ditebuk dalam sebuah buku.

Hishammuddin berkata perkara tersebut tidak akan melemahkan semangatnya untuk terus menjalankan tugas seperti yang diamanahkan kepadanya.

1 comment:

KAYUAPI said...

Apa yang akan lemah, sememangnya pentadbiran beliau sudah pun lemah dan penuh kontroversi.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails