BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Sunday, August 28, 2011

Umur pun dah 21..dah dewasa...

Tindakan gadis ini ada kelainan..kalau sebelum ini kes kes hanya sekitar Indon..yang ini pulak berubah ke Nepal..mungkin gadis ini minat gunung Everest kot...dia dah besar panjang..dan mungkin juga ada sebabnya dia lari bersama pasangan nya itu...

Keluarga gadis lari ke Nepal kunjung kedutaan esok

August 28, 2011

PADANG SERAI, 28 Ogos — Keluarga Norshahirah Mohd Rasul, gadis yang lari mengikut kekasihnya warga Nepal ke Kathmandu, akan ke Kedutaan Nepal di Kuala Lumpur esok bagi mendapatkan bantuan untuk menjejaki gadis itu.

Kakak Norshahira, Nillie Shakira, 23, berkata keluarganya berasa amat lega dengan jaminan Duta Nepal di Malaysia yang bersedia membantu menjejak lelaki tersebut dan Norshahira di Kathmandu.

Bapa gadis itu, Mohd Rasul Kassim, 50, pula berkata kesudian Duta Nepal untuk membantu mereka merupakan satu penawar bagi keluarga berkenaan.

“Rupanya harapan untuk bertemu semula dengan anak kami itu masih ada dan kami berdoa siang dan malam sejak kehilangannya tempoh hari semoga Allah makbulkan permohonan kami itu,” katanya dipetik Bernama Online.

Semalam Duta Nepal ke Malaysia Dr Rishi Raj Adhikari dilaporkan sebagai berkata Kedutaan Nepal sedia membantu menjejaki Norshahirah jika laporan mengenainya dibuat di kedutaan berkenaan esok.

Norshahira, 21, dilaporkan telah keluar rumah mereka di Taman Kenangan, Sungai Karangan di sini pada 22 Ogos lalu.

Menurut maklumat polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, Norshahirah dan seorang lelaki Nepal menaiki penerbangan ke Kathmandu 23 Ogos.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails