SUMPAH TAK MENJADI KATAK YANG BAIK ANTARA SYARAT SYARAT JADI WARGANEGARA...mampusssss..teringat saya kat seorang sahabat dari Alor star(allahyarham)..lahir diPekan Alorstar tetapi memiliki kad pengenalan Merah..atas alasan pendaftaran lewat ..walau pun seluruh ahli keluarga beliau adalah melayu warganera Malaysia..sehingga dia kahwin dan hampir umur beliau 30 tahun baru dapat IC Biru..dah akhirnya 2tahun lepas beliau telah meninggal...tapi itu dulu ..sekarang sekadar sumpah undi UMNOBN ..sahaja boleh dapatkan warganegara..adooooh..
Sumpah syarat dapat kewarganegaraan?
Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin mendedahkan pengkhianatan Umno-BN yang memberikan kewarganegaraan kepada Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).Ketika mengadakan sidang media di Ibu Pejabat PKR sebentar tadi, Zuraida tampil dengan skrip bersumpah yang digunakan Umno-BN untuk diberikan kepada warga asing berkenaan.
Menurut Zuraida, pihaknya berjaya menyusup masuk sebagai PATI dan memperoleh skrip atau borang sumpah itu.
Skrip itu antara lain memerlukan seseorang PATI menyokong dan mengundi Umno-BN bagi mendapat kerakyatan- selain menyatakan ikrar taat setia kepada Yang di Pertuan Agong, sultan dan negara Malaysia.
Skrip itu berbunyi ” Saya ….dengan nama Allah berikrar dan berjanji akan taat setia kepada Yang di Pertuan Agong, Sultan-sultan dan negara Malaysia.
“Saya/suami/isteri/anak-anak, tanpa berbelah bagi akan menyokong dan mengundi Umno/Barisan Nasional.
“Saya juga akan terus memperjuangkan Islam dan bangsa Melayu”
“Saya berjanji akan menyimpan RAHSIA ke atas perkara ini dan jika saya ingkar saya akan menerima padahnya”
No comments:
Post a Comment