yang tidak setuju sebenarnya adalah GPM gagasan Melayu Perak dan Penasihat Menteri Besar dalam Hal Ehwal Agama Islam, Kapten (B) Datuk Mohd Najmuddin Elias dah tentu UMNO BN...
ini agenda -agenda jahat pihak UBN..melalui media-media yang dikuasai oleh mereka...orang lain yang makan nangka orang lain yang kena getah..berhati-hati dengan ulasan-ulasan melalui media tajaan umno..kelak implikasinya besar....
Tidak setuju agama lain guna kalimah Allah

Bagaimanapun, tambah beliau, dalam konteks Malaysia, keadaan ini perlu diperhalusi dengan sebaiknya kerana bimbang disalahguna atau disalahertikan masyarakat bukan Islam.
“Sepatutnya isu pertikaian ini dipanjangkan dan diselesaikan oleh Mahkamah Syariah. Walau bagaimanpun, ia perlu diperjelaskan kepada umat Islam dengan terperinci jika keputusan mahkamah dituruti,” katanya.
Sementara itu, Gagasan Melayu Perak (GMP) tidak setuju penggunaan kalimah Allah bagi agama lain kerana Islam sudah sedia termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan sebagai agama rasmi negara.
Presidennya, Datuk Seri Dr Mohd Hilmi Ismail berkata, sudah sedia maklum bahawa dalam Perlembagaan Persekutuan kedudukan istimewa agama Islam sebagai agama rasmi negara berbanding agama-agama lain.
Katanya, dari segi sejarah Tanah Melayu pun, agama Islam diamalkan sebelum merdeka lagi dan pada zaman penjajahan Inggeris, Portugis dan Belanda tidak pernah dipertikaikan dari segi penggunaan kalimah ini bagi agama lain.
“Persetujuan telah dicapai semua kaum bersaksikan British tetapi kenapa semua ini hanya diperbesarkan sekarang, sedangkan secara realitinya memang jelas agama Islam berbeza takrifan dengan agama lain,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini, semalam.
Manakala Penasihat Menteri Besar dalam Hal Ehwal Agama Islam, Kapten (B) Datuk Mohd Najmuddin Elias berpendapat bahawa agama lain tidak boleh menggunakan perkataan Allah kerana perbezaan agama dan takrifannya berbanding Islam.
Beliau berkata, pertikaian yang berlaku ketika ini boleh diselesaikan melalui Majlis Raja-raja dan Mahkamah Syariah.
“Tindakan segera harus diambil bagi menyelesaikan masalah ini kerana ia melibatkan sensitiviti umat Islam di negara ini,” katanya.





No comments:
Post a Comment