BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Wednesday, January 6, 2010

KAHAK KHAHK KAHAK KAHAK....BETUL KAAAAA.....MARUAH TENTERA DIJUAL SARJAN
















MALAYSIA HARI NI...LUCU BETUL.......BOLEH MASUK DLM GELONG BOOK OF RECORDS DI MSIA TANAH AIRKU..SEORANG SARJAN BOLEH GONCONG..KESELEMATAN NEGARA..HA HA HA HA..SARJAN GENIUS BETOI..SAPA MAMAT INI..KENA BERJUMPA DIA BELAJAR ILMU....
Dua tidak mengaku salah curi enjin jet TUDM

kemaskini 11.01pm Seorang sarjan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan seorang pengarah syarikat dihadapkan di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pagi ini berhubung kehilangan dua enjin pesawat pejuang angkatan tentera itu.



N Tharmendran, 42, tidak mengaku bersalah terhadap pertuduhan bersubahat dengan laskar udara Mohamad Shukri Yusop atas tuduhan mencuri dua enjin pesawat F5 jenis J85-21 milik TUDM.

Manakala pengarah syarikat K Rajandran Prasad, 38, pula tidak mengaku bersalah terhadap tuduhan dengan sengaja menolong menghapuskan barang curi milik TUDM.

Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail malam tadi berkata siasatan menunjukkan kedua-dua enjin F5 itu dibawa keluar dari Gudang Material Udara 1 (Matra 1) Kuala Lumpur hasil persuhabatan sarjan, dan keterangan juga menunjukkan seorang pengarah syarikat menolong melupuskan kedua-dua enjin pesawat itu yang diketahuinya merupakan harta curi.

Katanya, berdasarkan keterangan-keterangan saksi dan dokumen-dokumen yang sedia ada, beliau mengarahkan pertuduhan dibuat terhadap kedua-dua tertuduh.

Abdul Gani berkata jika sabit kesalahan, anggota tentera itu boleh dihukum bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 109 kanun yang sama, manakala bagi kesalahan menolong melupuskan harta curi pengarah syarikat itu boleh dihukum di bawah Seksyen 414 Kanun Keseksaan.

Kehilangan dua enjin itu dilaporkan berlaku pada 2007 ketika dibawa keluar dari Pangkalan Skuadron 12 Scorpion di Butterworth, Pulau Pinang untuk penyelenggaraan rutin di Pangkalan Udara Kuala Lumpur.

Bagaimanapun kehilangan enjin jet itu hanya disedari oleh tentera pada 22 Mei 2008, diikuti siasatan segera sebelum laporan polis dibuat pada 4 Ogos tahun yang sama.

Enjin jet pejuang itu dipercayai dijual kepada sebuah syarikat antarabangsa yang berpangkalan di Amerika Selatan.


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails