MAMAT HOSNI DARI MESIR..salah satu contoh ManusiaManusia Banggang..kerana tidak faham atau buat-buat tak faham kehendak Rakyat.. Rakyat BUKAN nak dia lantik kabinet Baru..Rakyat nak dia FUCK OFF THE COUNTRY.....benda simple tak faham kenapa..sebab otak sekular..ajaran APCO....tunggu kena luku kepala baru nak sedaq....
Hosni rombak Kabinet
KAHERAH - Presiden Mesir, Hosni Mubarak semalam melantik bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kaherah, Jeneral Mahmoud Wagdy sebagai Menteri Dalam Negeri sebagai sebahagian daripada usahanya merombak Kabinet yang dipimpinnya selama 30 tahun.
Namun, pelantikan menteri baru serta janji untuk melakukan pembaharuan belum mampu meredakan kemarahan penunjuk perasaan yang mahu beliau berundur.
Rombakan itu turut melibatkan Menteri Dalam Negeri, Habib alAdly yang digantikan dengan Mahmud Wagdi, seorang jeneral tentera.
Kemarahan itu belum reda apabila para penunjuk perasaan semalam merancang mengadakan mogok besar-besaran dan 'perarakan sejuta orang' pada hari ini di Kaherah demi menjatuhkan rejim Hosni.
"Keputusan ini dibuat semalam dan akan ada sejuta penunjuk perasaan berarak pada hari Selasa (hari ini)," jelas salah seorang penganjur tunjuk perasaan, Eid Mohammed.
Mogok pertama dilakukan oleh para pekerja di sebuah kilang di Suez pada Ahad lalu.
"Kami akan menyertai mogok pekerja Suez dan memulakan mogok awam sehinggalah permintaan kami dipenuhi," kata seorang lagi penganjur protes, Mohammed Waked yang merujuk peletakan jawatan Hosni.
Kekacauan di Mesir kini sudah masuk hari ketujuh dan mengorbankan sekurang-kurangnya 125 nyawa.
Beribu-ribu penunjuk perasaan membanjiri Tahrir Square di Kaherah sambil menjerit slogan: Pergi! Kami mahu kamu (Hosni) keluar!" selain menyanyikan lagi kebangsaan Mesir.
Pasukan askar dilihat tidak mengambil sebarang tindakan. Askar-askar dilihat berkongsi teh dan makanan bersama penunjuk perasaan di atas kereta kebal yang diconteng dengan grafiti anti-Hosni.
Askar-askar turut diberi pilihan sama ada memilih Mesir atau Hosni.
Pada peringkat awal kebangkitan rakyat, tidak wujud kumpulan politik pembangkang yang jelas.
Namun semalam, Persaudaraan Muslim menyatakan pihaknya akan cuba untuk membentuk satu jawatankuasa politik dengan bekas penerima anugerah Nobel dan bekas Ketua Pengarah Agensi Tenaga Atom Antarabangsa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Mohamed ElBaradei untuk berbincang dengan pihak tentera berhubung krisis di negara tersebut.
Tunjuk perasaan terbesar dalam sejarah Mesir itu tercetus berikutan kekecewaan rakyatnya terhadap penindasan, korup dan kurangnya amalan demokrasi di bawah pemerintahan Hosni. - Agensi
No comments:
Post a Comment