kalau menteri dari UMNO semakin lama semakin bangan..ini contoh terbaek....apahal pakatan harus manafaatkan Suruhanjaya..?sepatutunya 3stooges yang menafaatkan atau pun UMNO..dengan membuktikan itu adalah ANWAR....
Video seks: Pakatan harus manfaatkan suruhanjaya jika dibentuk, kata Nazri
KUALA LUMPUR, 3 April — Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak harus takut untuk berhadapan dengan siasatan suruhanjaya diraja mengenai pendedahan rakaman video seks kerana ia akan turut memanfaatkan Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR) itu, kata Datuk Seri Nazri Aziz (gambar) hari ini.
Sehubungan itu kata Nazri, tiada sebab mengapa Anwar harus bimbang untuk menghadapi atau membantah pembentukan suruhanjaya sedemikian.
“Jika lelaki dalam video itu bukan Anwar, maka ia harus menjadi kelebihan politk yang cukup besar bagi pembangkang dalam pilihan raya umum.
“Saya merasakan beliau dan pembangkang boleh menang besar. Jadi mengapa bimbang?” kata beliau kepada pemberita di Kuala Kangsar, Perak hari ini.
Dipetik The Star Online hari ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, penubuhan suruhanjaya diraja adalah penting sebab polis sudah mengesahkan ketulenan video seks itu.
Nazri berkata identiti lelaki dan wanita dalam aksi seks rakaman itu harus ditentukan sebab polis sudah pun mengesahkan bahawa video itu bukan satu rekaan.
“Bagi Barisan Nasional, kami juga mahu membersihkan nama kami, memandangkan kami juga telah dituduh sebagai dalang pendedahan video seks ini,” kata beliau.
Satu kajian kendalian Merdeka Center yang dibawa The Malaysian Insider pagi tadi menunjukkan majoriti rakyat Malaysia berpandangan pendedahan rakaman video seks oleh tiga “Datuk T” termasuk diakui sendiri oleh Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan rakannya bermakna berkemungkinan skandal itu didalangi BN.
Kajian itu menunjukkan 39 peratus daripada 504 responden menuding jari ke arah BN dan Umno ekoran pendedahan video tersebut dua minggu lalu.
Pun begitu ramai juga yang sangsi dengan kemungkinan itu memandangkan 38 peratus mengatakan mereka tidak tahu.
Hanya 18 peratus dengan tegas mengatakan BN tidak terlibat dalam kontroversi itu, yang menunjukkan seorang lelaki, didakwa pemimpin kanan Pakatan Rakyat, mengadakan hubungan seks dengan pelacur asing.
Hasil kajian yang diperoleh The Malaysian Insider semalam dikendalikan antara 24 dan 27 Mac lalu.
Ketika menemui pemberita tiga hari selepas pendedahan rakaman itu, Abdul Rahim yang juga bekas ketua menteri Melaka dan bekas ketua Pemuda Umno pusat berkata, beliau mengulangi pendiriannya meminta pemimpin pembangkang yang dirujuknya sebagai “si polan” supaya meletak jawatan atas factor liabiliti, seperti yang dilakukan olehnya ketika berdepan dakwaan merogol gadis bawah umur kira-kira 17 tahun lalu.
Beliau berkata tindakannya meletak jawatan sebagai ketua menteri Melaka adalah kerana permintaan Anwar pada ketika itu, yang menyifatkannya sebagai bebanan kepada Umno selain faktor semangat kesetiaan kepada kepentingan-kepentingan negara walaupun mahkamah kemudian mendapatinya tidak bersalah.
Anwar sebelum ini menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan polis terbabit dalam pendedahan rakaman video seks kononnya beliau mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita tidak dikenali di hotel Carcosa Seri Negara bulan lalu.
Najib dan Hishammuddin masing-masing presiden dan naib presiden Umno kemudian menafikan penglibatan mereka dalam rakaman berkenaan.
1 comment:
Assalam tuan...kalau suruhanjaya drp UMNO....apa krjadahnya tuan...muka org lain dikatanya muka Anwar. Bengong punya UMNO.
Post a Comment