BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Saturday, February 27, 2010

52.sudah..dididik.....ada lagi sekejam ini.......


Update- Kanak-kanak Perempuan 4Tahun Mati Dipercayai Didera

Kuala Kubu Bahru
Selangor
26 Feb 2010

berita awal di bawah hanya mengandungi beberapa fakta asas yang akan saya kemaskini dari masa ke semasa.

Shafia Humairah Sahari - 4 tahun

Saya mendapat maklumat mengenai kes ini kira-kira 11 malam, Khamis 25 Feb lalu.

Ketika maklumat diterima, saya masih samar-samar akan bagaimanakh ianya berlaku.

Dan akhirnya, pada pagi tadi, 26 Feb 2010, saya menghubungi Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supt Norel Azmi Yahya Affandi meminta pengesahan.

Seperti biasa, Supt Norel Azmi merupakan seorang pegawai polis yang amat 'friendly' dan terus memberikan maklumat dan pengesahan seperti di dalam entry di bawah.

Beliau ketika itu, sedang proses check-in di KLIA untuk keluar negara beberapa hari atas urusan beliau, tetapi tetap meluang masa memberikan fakta kes.

Dan sebelah petang, saya segera ke Hospital Kuala Kubu Bahru bagi mendapatkan butiran lebih jelas.

Banyak maklumat dan keterangan diperolehi dan anda boleh perolehi di dalam akhbar hari ini.

Banyak 'behind the scene' yang tidak akan saya ceritakan di dalam blog ini kerana bimbang ia boleh menganggu siasatan polis.

Bagaimanapun, apa yang pasti. adik Shafia dari foto di atas, seorang yang comel, dan sukar diterima akal, bagaimana ada manusia sekejam itu terhadapnya.

Laporan bedah siasat ke atas mayatnya akan diketahui hari ini dan disitu kita akan mengetahui punca kematiannya termasuk banyak lagi fakta lain.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails