BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Sunday, February 14, 2010


BOSS PADA SU..APA CERITA...TAK MAU SIASAT KE.....mana tau ada 20 persent......ha ha hahiii

Eksklusif : SPRM Sahkan Setiausaha Politik Ditangkap

oleh Dzulkarnain Taib

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mengesahkan penahanan Setiausaha Politik kepada seorang menteri kanan atas dakwaan memiliki kekayaan yang tidak munasabah dalam tempoh yang singkat.

Ketika dihubungi Suara Keadilan Ketua Pesuruhajaya SPRM Datuk Abu Kassim Mohamad berkata agensi itu juga akan memanggil beberapa saksi lain bagi membantu sisatan SPRM.

"Saya tidak dapat beri komen lanjut mengenai penangkapan ini. Sesiapa saja yang boleh bantu dalam penyiasatan kami sudah tentu akan kami panggil. Datuk Shukri Abdull (Timbalan Ketua Persuruhjaya SPRM) ada maklumat lebih lanjut. Saya bercuti sekarang.

"Kita mungkin akan bertemu media pada hari rabu depan atau mengeluarkan kenyataan media lebih awal, ini terpulang kepada keadaan.

"Berilah SPRM masa dan ruang untuk menjalankan tugas kami dan selepas itu kami akan memberi taklimat yang sewajarnya," kata Datuk Abu Kassim.

Menurut laporan media setiausaha politik itu ditahan apabila pegawai SPRM dari Putrajaya menyerbu pangsapuri beliau di Teluk Air Tawar, Butterworth pukul 3.30 petang Jumaat lalu.

Sejumlah wang tunai bernilai lebih RM2 juta ditemui semasa serbuan.Turut dirampas termasuk kenderaan pacuan empat roda yang didaftarkan di bawah nama sebuah syarikat yang berpangkalan di Pulau Tikus, Pulau Pinang.

Sebelum ini, akaun bank suspek telah dibekukan bagi tujuan siasatan SPRM.

Pada 13 Disember lalu, media mula melaporkan SPRM sedang menyiasat seorang setiausaha politik yang dikatakan mengumpulkan berjuta-juta ringgit nilai hartanah dalam tempoh yang singkat.

Pegawai penyiasat juga memperoleh arahan untuk menahan dan membekukan beberapa hartanah termasuk kereta dan rumah mewah bagi membantu siasatan di bawah Akta Pengubahan Wang Haram.

Selain itu, SPRM turut menyiasat pembelian beberapa hartanah di sekitar Lembah Klang yang dikatakan sebagai balasan meluluskan beberapa projek bernilai jutaan ringgit.

Pegawai penyiasat juga dikatakan turut mengenal pasti beberapa individu berkaitan kes terbabit dan akan memanggil mereka membantu siasatan tidak lama lagi.

Difahamkan bahawa siasatan berkenaan di antara kes-kes berprofil tinggi yang sedang dibongkar hasil maklumat dan laporan daripada orang ramai.

Suspek dipercayai membeli kesemua hartanah menggunakan proksi.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails