BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Saturday, February 20, 2010

emmm....kira ok gak..


BERKHIDMAT MELAMPAUI WAKTU DAN SEMPADAN-Team pusat khidmat parlimen Bukit Gantang Cemerlang!.

19 Febuari 2010, Pokok Assam, Taiping – Perbincangan 15 minit di antara Ketua Cabang PKR Taiping, Sdr Eddy Ridzuan Amirullah dan rakan-rakan ranting Taman Raja Idris, Pokok Assam berjaya merungkaikan permasalahan berhari-hari yang dihadapi oleh seorang pengawal keselamatan Encik Kharidin Bin Idris, suami kepada Siti Misnah penghidap kencing manis kronik yang menderita hampir 2 tahun.

Menurut Encik Kharidin masalah yang dihadapi beliau ialah tidak punyai kenderaan van untuk membawa isterinya ke Hospital Manjung tambahan pula isterinya hanya mampu terbaring sahaja maka sukar untuk kenderaan jenis lain.

“Saya pernah adukan masalah ini kepada pihak berkenaan namun sikap acuh tak acuh mereka amat mengecewakan, malah menjengok pun tidak! Adakah kerana saya ini bukan sesiapa kalangan mereka?” ujar Encik Kharidin merujuk kepada Ketua Kampung di mana tempat beliau tinggal.” Ini soal hidup mati seorang manusia, bukan perkara pondok-pondok!” tegas beliau. Selain itu beliau juga merayu bantuan ambulan Hospital Taiping dan juga Jabatan Pertahanan Awam(JPA) Taiping tetapi banyak birokrasinya.”Saya akui bahawa kami anak-beranak yang memohon isterinya dipindahkan ke Hospital Manjung atas sebab tertentu, namun sukarkah untuk berlaku ehsan terhadap kes-kes serius sebegini?!”soal beliau dengan kesal.

Akhirnya dengan bantuan jiran, beliau dipertemukan dengan Ketua Cabang PKR Taiping yang akhirnya membawa kepada penyelesaian dengan bantuan Van Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bukit Gantang Ir Hj Nizar. Tepat jam 1.30 pagi tadi isterinya selamat bergerak ke Manjung.

Kepada pembaca yang ingin menyumbang meringankan beban keluarga ini bolehlah masukkan tunai ke:

Nama Bank : MAYBANK
No. Akaun : 1580 5141 0060
Atas Nama : Kharidin Bin Idris

(Nota: Sila buat pengesahan akaun di atas dengan suami si pesakit di talian 05-806 4954 sebelum berhajat membuat sumbangan untuk elakkan kesilapan)

ATOK ANGKAT TOPI LER SAMA TEAM PUSAT KHIDMAT IR NIZAR!

Tang sini atok tabik spring sama team pusat khidmat Ir Nizar@Parlimen Bukit Gantang. Dengar cakap satu kali allo ajer terus jadik!walaupun dah lewat pagi! Sebelum nie punya ler payah si suami kepada pesakit nie bila berurusan dengan pihak-pihak tertentu.. HANYA untuk mendapatkan sebuah kenderaan van!..itu jerr!

BRAVO!!Engko oghang kasi Ir Nizar senyum sampai telinge. Walau luar kawasan namun engko orang tak berkira!

CHiiTT POODAH!! Itu worang..apa nama? Ketua Kampung?Pak Teh ka?.. sebijik macam Osman jailu. Tarak kena dia punya batang idung..dia ingat ini main pondok-pondok punya ka? Bini Rosmah tau mesti marah!tarak faham itu bini Rosmah punya mantera “1Malaysia: Rakyat Didahulukan,..” Tarakk guna punya worang!!

Atok teringat kata-kata seorang sahabat dahulu..kalu bab minta pertolongan kat puak nie(1Malaysia spesis), kalu mu tak dak apa-apa dengan dengan depa(bukan sesiapa maksudnya) ibaratnya...sambil pantun 2 kerat, "Masalah kat bagan, tak dak "cable" kalo mati beghagan !" atau "Masalah No. 6, Tak Lingkup..Jahanam!".



FOTO PESAKIT KETIKA OPERASI EHSAN TERSEBUT.




Kronik!!

Tak upaya untuk urus diri sendiri..

Ketua Cabang PKR Taiping menziarahi pesakit.

Sabar menanti..

Berganding bahu memindahkan pesakit ke van yang sedia menunggu.

Ustaz Wan dan pemandu sedia untuk bertolak.

Selamat jalan..mudah-mudahan ALlah memudahkan urusan baik kita.


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails