BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Friday, February 19, 2010

haaa..satu lagi kes Pelik yang tidak PELIK...

Penolong penguasa SPRM dituduh rasuah

haaa haaa hhaaa harapkan PAGAR..pagar sapu padi...(bukan Makan)..harapkan SPRM..pegawai dia rembat sama...ini lah dia malaysia negaraku...bila pimpinan tinggi tidak boleh lagi dipercayai..masing-masing berebut membina empayar kekayaan...mahkamah dijadikan pasar borong..Polis dijadikan keldai tunggangan..hampir semua jabatan dijadikan kulikang.yang pegawai kena tahan pun rasanya bincang komisyen berat sebelah...kalau bincang ada naik 20% lagi..TIADA KES UNTUK MU...haaaa haaaa haaa haaaa...UNDI LAH BN UNTUK kesejahteraan Pimpinan BN....

Seorang pegawai Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam pagi ini, terhadap tuduhan meminta dan bersetuju menerima rasuah daripada seorang suspek siasatan kes rasuah, pada Oktober tahun lalu.

M Mohan, 37, yang merupakan Penolong Penguasa SPRM Selangor didakwa mengikut Seksyen 16 (a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Dia dituduh meminta bagi dirinya suapan RM250,000 daripada A Sinnaiah sebagai dorongan tidak meneruskan siasatan terhadap suspek yang disyaki memberi rasuah kepada pihak Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Imigresen Malaysia.

Tertuduh yang sudah berkhidmat selama 15 tahun turut didakwa mengikut Seksyen 17 (a) akta sama, iaitu bersetuju menerima suapan RM200,000 daripada Sinnaiah untuk tujuan sama.

Mohan didakwa melakukan kesalahan itu antara 11 pagi hingga 1 tengahari pada 22 Oktober 2009 di pejabat SPRM, Tingkat 14, Plaza Masalam, Shah Alam.

Hakim Azhariz Teh Azman Teh membenarkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM7,000 dan menetapkan 23 Ogos ini untuk perbicaraan kes itu

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails