Friday, December 4, 2009
Khak.Kahk..jaga kau....amno.&yg gila amno..
jaga kau....
Nik Aziz: Kita doa sampai pecah perut
Menjawab bantahan sekumpulan penyokong Umno terhadap Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada Selasa lalu, ribuan penyokong menteri besar itu hari ini mengadakan demonstrasi besar di Kota Bharu.
Perhimpunan yang diadakan di Jalan Dato' Pati dimulakan jam 10 pagi ini, sebaik sahaja selepas kuliah mingguan tokoh besar PAS itu di depan pejabat perhubungan PAS Kelantan.
Para penyokong Nik Abdul Aziz memakai lilitan kepala warna merah bertulisan putih "We Love Tok Guru" sambil mendengar ucapan beliau sendiri, exco kanan kerajaan negeri Datuk Husam Musa, pemimpin Pemuda PAS Dr Rosli Alani Abdul Kadir dan beberapa pemimpin lain.
Nik Abdul Aziz berkata penafian bayaran royalti itu melanggar keadilan asasi.
"Selagi tidak bagi (royalti petroleum), kita doa sampai pecah perut orang itu," kata mursyidul am PAS dengan sorak para penyokongnya.
Ratusan penyokong Umno, yang diketuai seorang pemimpin bahagian Pasir Mas, mengadakan demonstrasi di depan kompleks Kota Darulnaim bagi mendesak Nik Abdul Aziz memohon maaf kepada perdana menteri berhubung ugutan untuk berdoa bala terhadapnya.
Mereka juga mendesak menteri besar melepaskan jawatannya.
Nik Abdul Aziz menyatakan hasratnya untuk berdoa sedemikian berhubung keengganan kerajaan persekutuan meyerahkan bayaran royalti minyak kepada Kelantan, sebaliknya sekadar wang ehsan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment