telah menjadi Hak mana-mana keluarga yang layak menerima rumah dibawah Program (PPRT)..tetapi lain pulak hal diLabis..nak kena ada wakil rakyat BN mati baru melayakkan penduduk Miskin mendapat Bantuan..kenapa..?
Macam ini pun masih ada lagi rakyat nak sokong BN sedangankan kalau sokong itu diberi kepada calon PR berbagai lagi bantuan akan datang mencari penduduk atas nama prihatin dan menambat Hati mereka..soooo..Jangan Lupa Rakyat Tenang Pilih calon PR..pada 30hb nanti
Orang Asli Labis terima rumah baru
Kegembiraan jelas terpancar di wajah Shariff Dagoh dan tiga orang anaknya ketika mengiringi Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal untuk melawat rumah barunya.
Beliau merupakan salah satu daripada tujuh keluarga masyarakat Orang Asli daripada suku kaum Jakun di Kampung Ulu Juaseh di Labis yang menerima rumah di bawah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), semalam.
"Saya macam tak percaya bila dapat tinggal rumah batu yang cantik ini. Kami sekeluarga memang amat gembira. Dulu tinggal di rumah lama, tak selesa, tetapi sekarang ini semua cantik," katanya kepada Bernama ketika ditemui di rumah barunya yang turut dilengkapi bekalan elektrik dan air itu, hari ini.
Shariff, 30, yang juga merupakan anak kepada Tok Batin kampung itu, Dagoh Tanda berkata beliau telah membuat permohonan kepada Jabatan Kemajuan Orang Asli (JKOA) tahun lepas untuk mendapatkan rumah baru.
Katanya permohonan kepada JKOA telah diproses dengan cepat dan pada penghujung tahun lepas, beliau sekeluarga telah dibenarkan menginap di rumah baru yang mempunyai tiga buah bilik itu.
Seorang lagi penerima rumah PPRT, Awang Tembilang, 31, yang mempunyai dua orang anak, turut melahirkan kegembiraannya kerana mendapat rumah baru yang diterimanya daripada Shafie Apdal itu.
"Rumah saya kini ada bekalan air dan elektrik yang lengkap. Ia sememangnya mengubah kehidupan kami sekeluarga ke arah yang lebih baik," katanya yang bekerja sebagai penoreh getah untuk menampung kehidupan sekeluarga.
Walaupun gembira menerima rumah yang dilengkapi pelbagai kemudahan asas, namun Awang, tetap berharap kerajaan terus menghulurkan bantuan di dalam permohonannya untuk mendapatkan sebidang tanah pertanian.
Katanya tanah itu akan digunakan untuk menanam getah dan kelapa sawit bagi menjamin masa depan beliau dan keluarga.
"Ketika ini, saya dan sebahagian besar Orang Asli di sini hanya mengambil upah menoreh di kebun-kebun kelapa sawit, di mana pendapatannya adalah tidak menentu," katanya.
Hasil daripada pekerjaannya mengambil upah menoreh getah kata Awang, beliau mampu memperolehi pendapatan sehingga RM800 sebulan, tetapi pendapatan bulanannya akan terjejas jika cuaca sentiasa hujan.
Shafie di dalam ucapannya berkata kerajaan tidak pernah meminggir masyarakat Orang Asli negara ini dan sentiasa berusaha untuk meningkatkan taraf kehidupan serta membawa mereka keluar daripada kepompong kemiskinan.
Selain di Kampung Ulu Juaseh, JKOA Johor katanya turut membina 100 rumah PPRT untuk masyarakat Orang Asli di Minyak Beku dan 40 kedai di Rengit, kedua-duanya terletak di daerah Batu Pahat.
"Ini semua adalah bukti tentang tanggungjawab kerajaan terhadap masyarakat Orang Asli," katanya sambil menambah, kementeriannya akan membina 10 buah lagi rumah PPRT untuk masyarakat Orang Asli di Kampung Ulu Juaseh.
--Bernama
No comments:
Post a Comment