Biar betul.....kes kekurangan Amah sebab gaji atau angkara..Pak Menteri Rogol...kena buat siasatan..?
Majikan terdesak mencari amah
KUALA LUMPUR - Berpuluh ribu rakyat Malaysia kini berhadapan dengan kesulitan ekoran masalah kekurangan pembantu rumah warga asing bergaji murah yang melanda negara ini.
Sumber industri menganggarkan isu itu sudah membelenggu sekurang-kurangnya 35,000 keluarga yang masih berada dalam senarai menunggu untuk mendapatkan pembantu rumah.
Masalah tersebut berlarutan gara-gara rundingan penetapan gaji minimum pembantu rumah yang diminta oleh Indonesia sebanyak RM800 sebulan masih tertangguh.
"Saya mengalami kesusahan tanpa pembantu rumah," demikian pengakuan ibu kepada tiga orang anak yang hanya mahu dikenali sebagai Maz.
Dia sedang berfikir untuk berhenti kerja sebagai pegawai jualan demi menjaga anak-anaknya yang berusia di antara satu hingga lima tahun.
Sejak menjadi ibu yang bekerja, Maz pernah mempunyai dua pembantu rumah yang tinggal bersama keluarga sehingga kontrak mereka selama dua tahun berakhir.
3 comments:
gaji kau dapat pun berapa sen...nak pakai orang gaji..?? pandai beranak pandai la cari duit...Pemalas...!!!
Pandai buat anak je ker...??
pengecut...!!! nak tungu aproval comment..!!! kau pengecut..!!!
kahk kahk bukan Pengecut macam UMNO..cuma malai nak layan PuakPuak giloer macam kau.cakap serupa perangai..ha ha ha..ha ha ha ..oooi aku ada 2 org gaji..bukan macam ahli umno pencaci macam kau ha haha
Post a Comment