BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Friday, January 21, 2011

Tenang yang ku Sangka selepas PRK dun Tenang....rupanya tidak.

Tenang..betul betul membawa keadaan Tidak tenang buat UMNO BN...ingat selepas PRK Dun Tenang boleh tenang..rupanya Kehendak Allah..keadaan tidak mengizinkan.Tambahan lagi ada cerita-cerita..calon Bn di dun Tenang menerima tentang dari kaum Puak mereka sendiri,Calon Bn hanya bekas ADO..sedangkan ada ramai lagi yang lebih senior dan berpengalaman layak menjadi calon..sooo kenapa Mohd Azhar seorang Ahli UMNO biasa..(wallaka sahaja) dipilih Najib..?adakah kerana Ahli Biasa lebih mudah dan senang dicucuk Hidung..?



ADUN Merlimau Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan meninggal dunia pada jam 8.10 malam ini di Hospital Pakar Putra, Melaka selepas mengalami serangan jantung semalam.

Perkara itu disahkan Ahli parlimen Jasin Datuk Ahmad Hamzah.

Beliau merupakan antara pemimpin BN yang berada di hospital berkenaan sejak tengahari.

NONEKematian Mohamad Hidhir dijangka bakal menyebabkan pilihan raya kecil ke-15 diadakan sejak pilihan raya umum 2008.

Mohamad Hidhir dilaporkan dimasukkan ke hospital itu pada minggu lepas bagi menjalani pembedahan membersihkan arteri yang tersumbat pada 13 Jan lalu.

Beliau pada mulanya ke hospital itu untuk mendapat rawatan mengenai ketidak selesaan perutnya sejak kembali dari Taiwan pada 10 Januari lepas, dan ujian mendapati arterinya tersumbat.

Dilaporkan, Mohamad Hidhir mengalami serangan jantung sebanyak tiga kali dalam tempoh lima hari lalu yang menyebabkan beliau berada dalam keadaan koma di hospital berkenaan hari ini.

Mohamad Hidhir dilaporkan mengalami serangan jantung yang pertama pada Sabtu lalu pada kira-kira jam dua petang dan mengalami serangan jantung kedua pada waktu
tengahari, Isnin lalu.

Ketua menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, beliau mendapati Mohamad Hidhir berada dalam keadaan koma sewaktu melawat ADUN berkenaan petang ini.

"Sewaktu menziarahi beliau sebentar tadi bersama beberapa anggota Exco negeri, beliau berada dalam keadaan koma dan bernafas menggunakan alat sokongan mesin," katanya kepada pemberita di hospital berkenaan.

Mohd Ali dijangka akan mengeluarkan satu kenyataan rasmi berhubung kematian pengerusi jawatankuasa pertanian dan pembangunan desa negeri itu.

Tenang: Calon BN berpengalaman, kata PM
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Mohd Azahar Ibrahim, 39, merupakan calon yang amat sesuai untuk mewakili Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Johor kawasan Tenang pada 30 Jan ini.

Katanya Mohd Azahar mempunyai beberapa kelebihan seperti kelulusan yang baik dan mempunyai pengalaman sebagai penolong pegawai daerah, yang membolehkannya memahami segala keperluan dari segi pentadbiran.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails