BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Sunday, January 23, 2011

Bersama Suami Calon PR..sdr Maarof


suami Calon sdr Maarof Abdul Mutalib..

Saya yang menemui langsung dengan suami calon PR Dun Tenang cikgu Mala..minta pandangan atau komen tentang fitnah yang ditaburkan oleh Blogger Umno..Beliau menafikan sekeras-kerasnya dan minta agar pembawa fitnah ini bertaubat...dan seterusnya hentikan fitnah-fitnah seperti itu terhadap isteri beliau Puan Normala ...Taubat le wahai pembawa fitnah sedar dan takut akan hukuman Allah kepada pembawa-fitnah..sebagai orang melayu dan mengaku sebagai islam..Beliau juga meminta semua pengundi-pengundi Dun Tenang memberikan sokong Padu kepada Isteri beliau,dan jangan sekali-kali terpengaruh atau percaya sebarang fitnah kerana tidak ada sebarang kejadian atau kelakuan seperti yg digempar gemburkan oleh Blogger UMNO dan BN...

aku:kalau nak cerita bab zina,songlap,rasuah,dan macam-macam perangai syaitan...emmmm kalau keluar dari mulut UMNO atau Pembodek UMNO...elllle.sedar le sikit..siapa kamu dan siapa tuan tuan kamu..hampir semuanya bapak judi,Bxxrix..,songlap ...eloknya koorang jaga diri Keluarga,dan Tuan tuan kamu..entah entah diri sendiri koorang pun asal DARI ANAK HARAM..Lagi HARAM JADAH...?


keluarga cegu Mala..disebuah Restoran..makan malam..diPekan Labis.

Fitnah ‘Zina’ Tidak Berasas - Normala(batu vs Kayu)

LABIS: Calon PAS bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Normala Sudirman menegaskan bahawa dakwaan zina yang dilemparkan terhadapnya adalah tidak berasas sama sekali.

“Bukan satu perkara yang menghairankan kerana isu fitnah dan provokosi merupakan perkara biasa yang berlaku dalam mana-mana PRK.

“Serangan peribadi ini sengaja dilakukan untuk melemahkan parti lawan sedangkan hakikatnya mereka membangkitkan isu yang tidak berasas dan tidak berlaku sama sekali,” katanya ketika ditemui di Markas PAS pada Sabtu.

Normala berkata demikian sebagai mengulas dakwaan yang dibuat di laman sosial Facebook yang menuduh beliau mempunyai skandal sebelum berkahwin dengan suaminya, Maarof Abdul Mutalib.

Penulis yang dikenali sebagai ‘Suara Dari Bumi’ mendakwa bekas guru itu meninggalkan bekas suami pertamanya kerana mengejar harta dan kebendaan.

Mengulas lanjut mengenai dakwaan penulis blog itu, Normala yang juga Ketua Muslimat PAS kawasan Labis berkata perkara itu tidak akan melemahkan semangatnya dan beliau percaya Allah akan memberinya perlindungan daripada fitnah tersebut.

“Perkara ini tidak akan melemahkan semangat saya kerana percaya dengan perlindungan Allah SWT dan semangat juang untuk membawa pembaharuan kepada DUN Tenang,” katanya.

Ibu kepada tiga cahaya mata ini berkata isu fitnah ‘zina’ itu timbul sebaik sahaja beliau diumumkan sebagai calon PAS.

“Saya sangat terkejut dengan fitnah tersebut yang digunakan pihak tertentu untuk perang psikologi kalangan pengundi di sini.

“Justeru itu persiapan mental dan fizikal telah dipersiapkan untuk menghadapi segala kemungkinan serta tidak tergugat dengan fitnah tersebut,” katanya.

Tegasnya, peribadi dan keterampilannya sebagai calon akan sentiasa dititik beratkan dalam memastikan imejnya sebagai wanita muslimah tidak terjejas.

Normala turut menggesa mereka yang terlibat dalam fitnah segera meminta maaf kepadanya kerana telah membuat tuduhan palsu tanpa bukti kukuh.- mystar

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails