BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Friday, January 21, 2011

Tunggu Isnin...hari Tangkap Penderhaka dan Malauan..

isnin akan terbongkar siapa sebenar Pengkhianat dn Penderhaka Melayu,Agama dan Raja..ha h ahaha..ini dikatakan Umpan makan Tuan..tapi PR kena lebih berhati hati..sementara nak tunggu Isnin ini..sebab ada kepala Udang Yang busuk berselimut dengan Geng PR...waspadaaaaa.

KLANG 21 Jan -‘Perangkap’ yang digunakan untuk memerangkap pemimpin dan kerajaan Pakatan Rakyat (Pakatan) Selangor, akhirnya memerangkap ‘tuan’nya sendiri.

Itulah yang dikatakan oleh Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad semasa berucap di hadapan orang ramai di pintu masuk Istana Alam Shah, Klang petang tadi, bagi menyerah memorandum ‘Himpunan Menjunjung Kasih’ kepada Sultan Selangor.

Kata beliau lagi, sekiranya wakil rakyat Umno-BN memboikot Sidang Dewan Negeri Selangor (DNS), 24 Januari nanti, membuktikan kepada warga Selangor bahawa pengkhianat sebenar Raja-raja Melayu adalah Umno-BN sendiri.

“Sememangnya kita mempunyai sokongan daripada seluruh rakyat negeri Selangor, bahawa tindakan khianat yang dilakukan Umno-BN selama ini, dengan merampas kuasa sultan, kuasa negeri, akan kita perbetulkan.

“Sekiranya mereka tidak datang pada hari Isnin ini, ataupun mereka datang dan tak sokong maka seluruh negara akan kenal siapa sebenarnya pengkhianat dan siapa sebenarnya perderhaka,” tegas beliau.

Manakala Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Akin menegaskan, pemimpin Umno-BN patut beri sokongan kerana usul yang akan dibentangkan dalan sidang DUN Isnin depan berkenaan mengembalikan kuasa kepada Sultan dalam isu perlantikan Setiausaha Kerajaan (SUK) negeri Selangor.

“Rakyat telah pilih Pakatan, tetapi kenapa ada unsur khianat, Umno khianati rakyat, mereka juga khianati raja-raja Melayu.

“Pada 24 haribulan nanti ketika sidang Dun, kita nak tengok, sama ada wakil rakyat daripada Umno-BN berani atau tidak menyokong usul yang akan kita bentangkan dalam DNS,” tegas beliau lagi.

Dalam pada itu, Ketua Kampung Kapar, mewakili semua ketua kampung di Selangor, Haji Syafie Sulaiman menyuarakan kesyukuran dapat menghantar memorandum kepada pihak istana walaupun pada awalnya dihalang polis.

Beliau menjelaskan, ‘Himpunan Menjunjung Kasih’ yang diadakan hari ini bertujuan menunjukkan kesetiaan dan sokongan kepada Sultan Selangor dan Raja Berperlembagaan.

“Kami, pemastautin dan rakyat Selangor, berasa yakin dan percaya akan kebijaksanaan Duli Tuanku dalam memberikan nasihat dan pandangan kepada kerajaan bagi membolehkan seluruh rakyat di negeri ini memperoleh manfaat di atas kemakmuran dan kekayaan negeri.

“Kami juga akan mempertahan dan mendukung kemuliaan institusi raja serta berusaha sedaya upaya kami untuk memberdaya institusi raja selaras dengan prinsip raja berperlembagaan,” kata beliau.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails