BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Tuesday, January 18, 2011

Utusan Kecil..dihadapan Pejabat MELOYAAAA...ha ha ha

Presiden NUJ buka 'pejabat' depan Utusan

Sebagai tanda bantahan terhadap majikannya, Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Hata Wahari hari ini membuka 'pejabat' sendiri di depan ibu pejabat Utusan Malaysia di Cheras, Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, pejabatnya itu hanyalah sebuah meja plastik kecil warna biru dan sebuah kerusi kecil.

Di atasnya terdapat sebuah laptop, kamera kecil dan papan tanda bertulis "Wartawan Sedang Bertugas".

Dan kakitangannya cuma beliau seorang.

NONEBagi Hata, tindakannya itu sebagai membantah tindakan Utusan menggantung kerjanya, sedangkan beliau belum dibuktikan bersalah.

"Saya baru dituduh, belum lagi dibuktikan. Ini tidak adillah," kata wartawan kanan yang telah berkidmat 15 tahun di akhbar milik Umno itu.

Semalam siasatan dalaman yang didaualkan terhadap Hata oleh Utusan Malaysia ditangguhkan atas alasan teknikal.

Pada prosiding di Pusat Latihan Utusan itu, beliau diiringi Setiausaha NUJ V Anbalagan dan wakil daripada NUJ cawangan akhbar itu.

Bagaimanapun, selepas menghabiskan 20 minit, pengerusi inkuiri Mohd Basir Abdul Rahim menamatkan sesi itu bagi membuat keputusan berhubung kesesuaian Anbalagan dipilih mewakili Hata.

"Kami tidak tahu berapa lama (ditangguh) tetapi kami akan dimaklumkan oleh mereka (Utusan) kemudian," kata Hata dalam sidang media selepas itu.

NONEHata dipanggil mengadap siasatan dalaman Utusan kerana didakwa menyindir pengurusan Utusan serta memburukkan imej syarikat berikutan komennya dalam pelbagai portal berita dan akhbar, termasuk Malaysiakini.

Selepas dipilih menjadi presiden baru NUJ, Hata membawa pendekatan berbeza berbanding penyandang sebelumnya Norlela Daud yang lebih 'diam'. Kesatuan itu mempunyai keanggotaan daripada kira-kira 1,300 wartawan.

Pandangan dan kritikan terbukanya - seperti isu pemilikan Umno, kejatuhan edaran akhbar dan 'kelemahan' pengarang Utusan - dilihat meresahkan banyak pihak, sehingga akhbar itu, memetik pihak tertentu, dilapor mempersoal sama ada Hata penyokong tegar pembangkang.

azlanJika dipecat, Hata bukan wartawan pertama dari Utusan yang akan menerima nasib sedemikian. Ini kerana pada 3 September 2009, Utusan turut menjalan siasatan, seterusnya memecat Presiden NUJ cawangan Utusan Amran Ahmad selepas didapati bersalah menfitnah syarikat itu susulan aduannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails