Kecewa jalan tidak diturap
sumber sinar harian
KAMPUNG PADANG BESAR – Seorang penduduk di sini, melahirkan rasa kecewa apabila jalan ke rumahnya tidak diturap seperti di tempat lain.
Penduduk, Mat Esa Hamid, 49, berkata, sudah lama dia tinggal di kampung itu dan menyara keluarganya dengan bekerja sendiri.
Menurutnya, setiap kali hujan, kawasan rumah sering ditenggelami air dan menyukarkannya untuk membawa keluar hasil pertanian dari kebun.
“Saya berharap sangat jalan ke rumah diturap supaya memudahkan saya membawa hasil kebun,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.
Mat Esa berkata, dengan pendapatan yang tidak seberapa, dia juga tidak mampu membeli batu-batu kecil untuk menimbus jalan yang berlubang.
Katanya, pendapatan yang ada cuma cukup untuk perbelanjaan keluarga termasuk susu anak kecilnya yang berusia tiga tahun.
"Selain itu, saya juga ingin memohon bantuan membaiki bumbung yang bocor kerana ruang bilik akan basah setiap kali hujan.
“Saya berharap pihak berkenaan dapat memberi perhatian terhadap masalah yang dihadapi saya sekeluarga dan mengambil tindakan sewajarnya,” katanya.
No comments:
Post a Comment