BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Tuesday, January 25, 2011

Ummu Jah ..yang Kurang cerdik..

Lari ke Mekah..leeee senang sangat jumpa..kena belajar dari org org yang berilmu tinggi..cuba try macam AYAH PIN lari sembunyi diLangit..ha ha ha..dikhabarkan dah turun dari Langit pun ..k`jaan masih tak dapat kesan dia..ha ha ha ha..sebab di1malaysia kalau derhaka kpd UMNO dengan cekap akan ditemui bukti dan orangnya sekali..kalau derhaka kepada mana-mana yang lain hatta kepada Raja pun..cukup susah ditemui dan didakwa..ha ha ha ha...ambil ilmu ayah Pin..

Lari ke Mekah untuk bersembunyi


KAWASAN penempatan di Mekah yang menjadi lokasi pilihan Ummu Jah untuk bersembunyi daripada dikesan pihak berkuasa agama Malaysia.


BANGI – Ketua Sidang Parlimen Roh, Ummu Jah kini dikatakan bersembunyi di Mekah, Arab Saudi ekoran tindakannya cuba menghidupkan semula ajaran Al-Arqam yang difatwakan sesat telah dihidu pihak berkuasa agama negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom (gambar) berkata, pihaknya percaya Ummu Jah, 57, kini bersembunyi di negara berkenaan selepas tindakannya itu dikesan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Menurut beliau, ketika ini Jakim sedang memantau pergerakan saki-baki pengikut ajaran terbabit dan dibantu oleh Majlis Agama Islam kesemua negeri terutama Majlis Agama Islam Selangor (JAIS).

“Kami percaya dia (Ummu Jah) kini (bersembunyi) di Mekah. Berdasarkan trend (ketua) ajaran sesat sebelum ini, kita percaya dia tidak akan tampil membantu siasatan.

“Ketika ini (dakwaan cuba menghidupkan semula Al-Arqam) sedang dipantau secara serius,” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Bersama Peserta Diploma Pentadbiran Islam di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bandar Baru Bangi di sini semalam.

2 comments:

Pak Oncu said...

Jamil Khir Baharo,,,, cukup cukup lahhh !!!!!!! banyak benda lain yg lu nak pikir kan ,,, !!!!!!!

Anonymous said...

Kelakar sungguh kata-kata YB Jamil Khir....
Soalan saya:-
1. setahu saya bukan mudah nak tinggal di Mekah lebih-lebih lagi jika bukan musim haji, so jika benar Ummu Jah lari dan bersembunyi di Mekah, bagaimana mudah benar beliau dapat diam di sana?
Jawapan:Itu kerja Tuhan, kalau ditakdirkan nasibnya ditangkap, itu ujian untuknya
2. "jika dipanggil pun Ummu Jah takkan datang dan beri kerjasama." Ada beberapa persoalan yang timbul iaitu jika balik untuk ditangkap, siapa yang mahu serah tengkuk? Kedua setahu saya pihak tertntu yang tidak beri kerjasama bukan di pihak Ummu Jah sebab saya sentiasa mengikuti perkembangan dari pihak Khir dan pihak Ummu Jah walaupun sebagai pemerhati bebas sahaja. Pihak YB Jamil Khir ada banyak peruntukan maka jika benar Ummu Jah tak mahu datang apa kata pihak YB Jamil Khir yang datang dan cari sebab Mekah bukan besar sangat mana pun, nama Restoran pun dah tahu, takkan xjumpa kot... Jika benar datang bukan bertujuan untuk ditangkap maka bincang elok-elok kat Restoran Ashaari [ye ke?] Mekah, bukan jauh benar pun 3km aje dari Kaabah. Jangan datang bawa SB dan heret secara paksarela sudah la sebab pihak YB Jamil Khir boleh dakwa apa sahaja sebab akhbar yang sama juga memberitahu ia melibatkan ancaman dan keselamatan negara. Setakat 2000 pengikut [jika benar] takkanlah susah nak tangkap kerana identiti mereka sdra Zabidi dan dedahkan dalam akhbar yang sama juga. Jangan tangkap saya sudahlah sebab saya penyokong kuat kerajaan dari dulu sampai sekarang, tak pernah berbelah bahagi cuma kesiankan beberapa individu dalam kerajaan yang berlagak hero dengan cucukan beberapa individu yang ada kepentingan atau musuh kepada kebenaran.
ketiga jelas dan amat jelas Khir hanya bersandarkan akal sahaja apabila berhujah. Jadi terbukti beliau tidak menerima hujah selain dari hujah akal maka dalam teori tauhid [benarkah?] akal adalah neraca maka neraca tugasnya menimbang bukan menentukan...yang menentukan adalah hati/roh kerana manusia ini berfungsi kerana rohnya bukan akalnya...tidak salah guna akal sebab akal pun ada peranan cuma bila salah meletakkan peranan maka keluarlah hujah orang yang tidak faham lalu bersandarkan pada akal dan merasa hebatnya akal mereka. Akal itu salah satu cara/alat untuk kenal Tuhan. Apabila disebut salah satu cara maka ada juga cara-cara lain. maka kalau nak tahu cara-cara lain kenalah berguru seperti juga nak tahu cara-cara guna akal kena belajar/berguru...
Oh Tuhan, fahaman sekular/wahabi/yahudi bermaharajalela sekarang... segerakanlah munculnya orang-Mu Tuhan, kerana jahiliyah kedua menuju puncak...
lalu tertanya diri inikah yang berlaku pada zaman Nabi???
orang sekarang mana mengaku jahil lebih-lebih lagi nak mengaku yang mereka jahiliyah lalu dituduhnya orang yang tidak sependapat dengan mereka jahil dan bersikap jahiliyah....mudahnya....
Tuhan
inilah penangan orang yang bertuhankan ideologi dan politik sekular sehingga berfikiran sama sahaja sama ada berfikiran sekular, fahaman wahabi mahupun berperangai Yahudi...
Tuhan
segerakanlah kemenangan yang dijanjikan
Janganlah yang lain juga turut terpalit seperti mereka
mereka berilmu sedangkan yang lain hanya bertaklid kerana menyangka mereka sentiasa benar dan betul

Ampun maaf
dari pecinta kebenaran

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails