BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Monday, January 17, 2011

aiii..Penyelamat Malaysia...seorang Pelacur..?


Hubungan sulit Tan Sri Muhammad Taib dan Ummi Hafilda terbongkar

Tan Sri Muhammad Haji Muhd Taib atau lebih dikenali sebagai Mike Tyson buat perangai lagi. Naib Presiden UMNO ini pernah menggemparkan dunia sebagai seorang pemimpin Melayu yang handal - bapak rasuah dan kaki betina.

Baru-baru ini satu lagi skandal Mike Tyson terbongkar iaitu beliau mempunyai hubungan sulit bagi tujuan seks dengan Ummi Hafilda.

Pada 23 April 2001 ( Isnin) yang lalu, sekitar jam 9.00 pagi, isteri Tan Sri Muhammad Taib telah menyerang Ummi Hafilda di sebuah restoren di Sri Hartamas. Ummi yang baru selesai 'breakfast' dan sedang membuat pembayaran di kaunter, telah diheret ke dalam kereta dan diserang oleh isteri Tan Sri Muhammad Taib.

Ummi dilapurkan malu dan menangis kerana beliau diheret tangannya, dimaki hamun dan diserang oleh isteri Mike Tyson di hadapan khalayak ramai sebelum dimasukkan ke dalam sebuah kenderaan. Telefon bimbit Ummi juga dirampas dan dilemparkan sehingga pecah dan berkecai.

Sejurus Ummi keluar dari kenderaan tersebut, muka Ummi didapati mempunyai kesan-kesan calar dan luka berkemungkinan akibat pertengkaran yang berlaku di dalam kenderaan isteri Mike Tyson.

Menurut sumber-sumber yang rapat dengan isteri Tan Sri Muhammad, hubungan suaminya dengan Ummi telah sekian lama dipantau sehinggalah pada 21 April 2001 (Sabtu) yang lalu apabila beliau dapat mengesan percubaan Ummi untuk menghubungi Tan Sri Muhammad Taib melalui telefon. Malangnya, panggilan tersebut telah dijawab oleh isteri Tan Sri Muhammad Taib sendiri dan beliau terus memaki hamun Ummi kerana menceroboh kebahagian rumah tangganya.

Ingatan kepada ahli-ahli UMNO : inikah ciri-ciri kepimpinan yang bakal mewarisi perjuangan orang Melayu ? Wahai Tan Sri Muhammad Taib, insaflah dan jangan kamu terus berbohong kepada umat Melayu ? Wahai Ummi, hentikanlah dendam kesumat kamu kepada Anwar dan keluarga kamu. SB Reformasi senantiasa berada di sisi mu untuk mencatatkan pergerakan dan tindak tanduk kamu yang cukup menjijikkan. Bertaubatlah dan Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails