BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Sunday, January 30, 2011

PRK..kelang..Kemungkinan Besar menjadi...?

SHAH ALAM, 30 Jan. : Penganalisis politik meramalkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang tetap diadakan berdasarkan faktor pengosongan kerusi itu dibuat menerusi peraturan tetap DUN Selangor.

Pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof Datuk Zainal Kling berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terpaksa menerima keputusan tersebut dalam menetapkan tarikh pilihan raya kerana pengosongan tersebut dibuat mengikut peraturan yang sah.

Bagaimanapun katanya, SPR terlebih dahulu akan meneliti beberapa fakta sebelum berbuat sedemikian.

”Berkemungkinan SPR terpaksa menerima kekosongan tersebut dan menetapkan tarikh berdasarkan apa yang dicadangkan oleh speaker menepati peraturan tetap DUN negeri.

”SPR perlu menetapkan tarikh, tetapi pastinya suruhanjaya itu akan menyiasat terlebih dahulu pengosongan terbabit,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai kebarangkalian SPR akan mengumumkan tarikh Pilihan Raya Kecil DUN Pelabuhan Klang setelah menetapkan tarikh bagi DUN Melimau sebelum ini.

Kerusi DUN Pelabuhan Klang diisytiharkan kosong oleh speaker DUN Selangor, Datuk Teng Chang Khim pada 19 Januari lalu, berdasarkan Perkara 69 dan 70 perlembagaan negeri.

Chang Khim berkata, ia ekoran penyandang kerusi tersebut, Badrul Hisham, tidak menghadiri sidang dewan tanpa cuti selama lebih enam bulan.

Kelmarin, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof telah menetapkan tarikh pilihan raya kecil DUN Merlimau pada 6 Mac depan, manakala tarikh penamaan calon pula ditetapkan pada 26 Februari.

Badrul pula dilaporkan gagal mendapatkan perintah interim dari mahkamah untuk menghalang SPR daripada mengisytiharkan pilihan raya kecil bagi kerusi DUN Pelabuhan Klang.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails