BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Tuesday, January 11, 2011

mana Bodoh,mana Tolol..Mana Banggang

yang pastinya UMNOBN memang BANGGANG...ha ha..

Pemandu van dipaksa melutut depan bangkai anjing yang dilanggar


Dua orang lelaki yang memandu sebuah van telah dipaksa untuk melutut selama sejam di hadapan bangkai seekor anjing selepas mereka dikatakan telah melanggar mati anjing tersebut di Suzhou, di Barat Daerah jiangsu China hari Ahad lalu, lapor portal berita tempatan scol.com.

Menurut saksi, pemilik anjing berkenaan bukan sahaja telah meminta 5, 000 yuan ($753) sebagai ganti rugi malah tidak membenarkan mereka pergi.

Pemilik anjing tersebut berkata, dia telah membeli anjing tersebut dengan harga 4,000 yuan ($602) dan dia menambah 1,000 yuan ($105) sebagai ganti rugi kos memelihara dan memberi makan anjing tersebut.

Selepas menyedari bahawa mereka berdua tidak memiliki wang yang cukup untuk membayar ganti rugi, pemilik anjing tersebut telah memaksa mereka untuk melutut di hadapan bangkai anjing tersebut selama sejam.

"Dia menendang kaki pemandu van tersebut, kemudian pemandu itu pun melutut, diikuti oleh seorang lagi rakannya," Kata seorang saksi yang hanya mahu dikenali dengan nama Guan.

Pihak Polis telah dipanggil ke tempat kejadian, namun pemilik anjing dan pemandu tersebut memberitahu bahawa mereka sudah membuat perjanjian tersendiri.

Seorang lagi saksi mendakwa, di dalam suasana salji yang sangat sejuk itu, suaminya telah memujuk pemandu tersebut agar bangun daripada terus melutut, namun mereka menolak.

Sejam kemudian, pemilik anjing itu datang dan membawa bangkai anjing tersebut seterusnya pemandu itu pun meneruskan perjalanan.

Kejadian itu berlaku di sebuah persimpangan jalan yang sibuk. "Anjing tersebut tiba-tiba muncul barangkali pemandu tersebut tidak sempat untuk mengelak" kata seorang lagi saksi.

Berita itu telah mencetuskan perbincangan hangat di internet, ramai yang beranggapan kejadian itu sebagai melampau. Segelintir mereka mendakwa pemilik anjing itu patut bertanggung jawab atas kematian anjing kesayangannya, segelintir mengatakan pemilik anjing itu sebagai melampau dan bersalah. Manakala sebahagian lagi beranggapan kejadian tersebut sebagai "si bodoh dengan si tolol"


Sumber: Scol.com

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails