Pengarah: Arahan tukar dibuat lebih awal
Pengarah Pelajaran Johor Markom Giran mengakui jabatannya ada mengeluar notis pertukaran suami calon PAS di Tenang, Normala Sudirman, tetapi membatalkannya buat sementara selepas mendapat tahu isterinya mungkin dicalon dalam pilihan raya kecil di situ.
Katanya, notis pertukaran yang bertarikh 27 Disember itu meminta suami Normala - Makrof Abd Mutalib - bertugas di sebuah sekolah di Pasir Gudang, Johor Bahru, bermula 1 Januari tahun ini.
Pada waktu itu, kata Markom, pihaknya tidak tahu yang isteri Makrof akan dipilih sebagai calon PAS.
Tetapi, katanya, selepas mendapat tahu mengenai pencalonan isterinya- Normala - pihaknya memutuskan untuk membatalkan buat sementara pertukaran Makrof.
"Kami tidak mahu ia menjadi isu politik," jelas Markom ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.
1 comment:
i\Itu namanya "Rakyat didahulu kan,pencapaian diutamakan"
Post a Comment