BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Thursday, January 13, 2011

deyyy Mamak UMNO PP..ini kes ..tak mau Demo ke..

mana Perkasa.mana UMNO,Mana Mamak UMNO.kimma,mana Mamak UMNO Penang..kenapa isu ini tak buat demo...sebab dia MCA ke..?tidur sekelambu..


Bulatdusun
ditranslate ke Bahasa Malaysia..

1-21-4 Phase 2
Pantai Hill Park
Pantai Dalam
59600 Kuala Lumpur

YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak MELALUI FAKS DAN FACEBOOK
Perdana Menteri Malaysia

20.12.2010

Perdana Menteri,

Kawalan Bunyi Sembahyang dari Masjid Al-khadijiah Pantai Dalam,Kuala Lumpur

Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.

Pantai Hill Park
2.Sebagai seorang peguam dan ahli seumur hidup MCA sejak 1998, saya merasa amat kesal kerana sehingga kini belum menerima sebarang maklum balas dari pihak Jabatan Perdana Menteri,walaupun berkali-kali saya telah menulis surat menyatakan masalah saya,termasuk kepada JPA,MCA dan Gerakan.

3.Sebagai seorang penghuni yang telah lebih 5 tahun menghuni di Pantai Hill Park,saya sudah biasa kedengaran bunyi sembahyang subuh dari Masjid Al Khadijiah Pantai Dalam yang berdekatan dan tidak menghadapi apa-apa masalah.

4.Walaubagaimanapun sejak beberapa bulan lalu,saya mendapati bunyi tersebut tiba-tiba menjadi amat lantang sehingga mengejutkan saya pada setiap pagi 5.45 am.Ambil perhatian bahawa saya tinggal di tingkat yang paling tinggi,iaitu tingkat 21,dan jarak Pantai Hill Park dari Masjid tersebut adalah 1km.Menurut khabar angin,Imam yang baru telah ditukar ke masjid ini.

4.Saya juga pernah menelefon Pejabat Polis Kuala Lumpur,dan menurut pegawai atasan di sana,tiada sebarang peraturan atau undang-undang yang mengawal bunyi sembahyang masjid,dan lagi kuat bunyi lagi baik,untuk mengingatkan lebih banyak Muslim tempatan bangun bersembahyang.

5.Saya menghormati kedudukan Islam sebagai agama rasmi di bawah Perlembagaan Persekutuan,tetapi hak saya untuk tidur dan rehat serta bersembahyang agama sendiri dengan aman dalam premis persendirian juga harus dihormati.Saya berpandangan kekuatan pembesar suara di mana-mana tempat sembahyang tanpa mengira agama,mesti dikawal oleh pihak berkuasa tertentu,melalui peraturan saintifik dan rapi seperti pengiraan decibel(dB),dan tidak boleh mengatasi undang-undang.Seperti di rumah kampung saya di Seremban,didapati bunyi masjid itu adalah lebih rendah dan terkawal.

6.Sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab,saya berpendapat Barisan Nasional tidak boleh mengelak dari masalah ini.Kawasan tanah ini diwartakan oleh Kerajaan Wilayah Persekutuan sebagai tempat kediaman, maka hak kita untuk mendiami rumah sendiri dalam keadaan aman dan sunyi harus dipertahankan.Ini merupakan hak asasi manusia yang begitu asas,di bawah Perlembagaan Persekutuan mahupun Deklarasi Hak Asasi Manusia Antarabangsa.Ini juga tidak mempengaruhi status Agama Islam sebagai agama rasmi negara, kerana umat Islam juga boleh bersembahyang dengan aman dalam masjid atau surau yang berdekatan.

Sekian...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails