BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Sunday, January 16, 2011

Pindaan Yang merugikan UMNO..Pecah belah Melayu...awatnya..UMNO sahaja Melayu ke..?

otak spesis Putar alam..kalau rugi UMNO rugi Melayu..UMNO sahaja ke Melayu dimuka bumi ini..?spesis Binawe...Putar Alam sedunia..

Pindaan undang- undang Selangor pecah belahkan Melayu

SHAH ALAM - Cadangan kerajaan negeri Selangor untuk meminda Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 bukan sahaja sia-sia tetapi berniat jahat memecah belahkan orang Melayu di Selangor, kata Pengerusi Gagasan Badan Ekonomi Melayu (GABEM), Tan Sri Rahim Tamby Chik.

Bekas Ketua Menteri Melaka berkata, cadangan pindaan itu "ultra vires" dengan Perlembagaan Persekutuan kerana apa-apa pindaan di peringkat kerajaan negeri termasuk Selangor hendaklah selari dengan perlembagaan negara.

Orang Melayu janganlah terperangkap kerana parti pakatan mahukan orang Melayu dan UMNO menyokong cadangan pindaan undang-undang kerana sistem sedia ada cukup untuk mempertahankan kedudukan Raja-Raja Melayu, katanya semasa berucap pada Program Memperkasa Model Baru Ekonomi (MBE) anjuran GABEM, Umno Bahagian Kota Raja dan Pusat Komuniti Andalas di Bukit Kemuning dekat sini hari ini.

Rahim berkata, pihak yang akan menjadi mangsa kemelut pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohd Khusrin Munawi baru-baru ini adalah rakyat.

"Bagaimana satu-satu projek untuk rakyat dapat dilaksanakan sekiranya penandatangan yang penting seperti Setiausaha Kerajaan Negeri diketepikan dan tidak diberikan peluang untuk mengambil bahagian di dalam proses membuat keputusan kerajaan?" katanya.

Dewan Undangan Negeri Selangor dijadual bersidang pada 24 Januari untuk meminda Seksyen 52 undang-undang kerajaan negeri bagi mengembalikan kuasa Sultan dan Menteri Besar dalam pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan dan Penasihat Undang-undang yang kini di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. - BERNAMA

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails