Peneroka Felda berurusan Jual beli sawit melalui Internet..?ha ha ha ..habis orang asli di Galas semua ada Internet sekarang di lebarkan kekawasan Felda..sempena Musim PRK..ha ha ha
Patut pun dikawasan Pekan...seperti kawasan Ipoh,Taiping ..Internet semakin slow dan tersangkut sangkut...bawa g ke..Tenang..ha h ah ha..tak habis habis lawak bodoh setiap musim PRK..."PERDANA MENTERI JALUR LEBAR"atau "KABINET JALUR LEBAR"
PM di Tenang untuk lawatan sehari
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, tiba di Labis untuk lawatan sehari di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang.
Ketibaan beliau dengan helikopter khas kira-kira 9.30 pagi itu disambut Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman, barisan exco kerajaan negeri dan pemimpin kanan Barisan Nasional (BN).
Pada lawatannya, Najib yang juga Pengerusi BN akan melancarkan Program Jalur Lebar di Pusat Komuniti Felda Chempelak Barat sebelum menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Tenang.
Pada tengah hari, Presiden Umno itu dijadual menghadiri Majlis Ramah Mesra dan Jamuan Makan Tengah Hari bersama penduduk kawasan Tenang di Padang Awam Felda Tenang, diikuti majlis ramah mesra bersama masyarakat India di Dewan Serba Guna Majlis Daerah Labis.
Perdana Menteri akan mengakhiri lawatan seharinya ke sini dengan merasmikan bangunan tambahan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Labis dan menghadiri majlis ramah mesra bersama masyarakat Cina.
DUN Tenang akan menghadapi pilihan raya kecil selepas penyandangnya dari BN Datuk Sulaiman Taha meninggal dunia pada 17 Disember lalu.
Hari pencalonan ditetapkan pada Sabtu ini manakala pengundian pada Ahad depan.
- Bernama
No comments:
Post a Comment