Saksi kedua dalam kes kematian M Krishnan sewaktu dalam tahanan telah hilang tanpa dapat dikesan, dan sekaligus menimbulkan syak bahawa dia telah diugut supaya tidak tampil ke hadapan, kata seorang peguam hak asasi manusia.
N Surendran (kanan) - yang mewakili keluarga Krishnan yang mahu
bedah siasat kedua dilakukan untuk menentukan punca kematiannya - berkata, mereka tidak tahu di mana saksi itu berada dan juga tidak dapat menghubunginya.
"Nampaknya seperti sudah menjadi kebiasaan sekarang bagi saksi dalam kes-kes berkaitan kematian dalam tahanan, berdepan dengan ugutan dan malah ditahan oleh pihak berkuasa," tambahnya.
No comments:
Post a Comment