BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Tuesday, January 11, 2011

Yang Komen diPanggil..Yang dituduh rogol bila lagi..?

Polis panggil Adun Sri Muda
Harakahdaily

SHAH ALAM, 11 Jan: Adun Sri Muda, Suhaimi Shafie telah dipanggil oleh polis di Seksyen 11 jam 2 petang ini ekoran tulisan dalam blognya mengenai perlantikan Setiausaha Kerajaan (SUK) Selangor.

Demikian beritahu peguam yang juga Pengerusi Biro Undang-undang PKR, Latheefa Koya dalam twitternya hari ini.

Akhbar rasmi Umno, Utusan Malaysia hampir setiap hari menggasak polis agar bertindak segera ke atas Suhaimi ekoran tulisan dalam blognya itu.

Beberapa NGO Umno juga membuat laporan polis di samping membuat demostrasi membantah kononnya Adun PKR itu menderhaka kepada Sultan Selangor.

Gagasan anti penyelewengan Selangor (GAPS) misalnya mendakwa, Suhaimi telah membuat kenyataan amat biadap dan kurang ajar.

Kenyataan ini, bagi mereka, berunsur fitnah, menghina, menggertak, mengugut dan derhaka kepada institusi raja di Selangor.

GAPS mencadangkan pertuduhan dibawah seksyen 121 kanun keseksaan dikenakan terhadap penderhaka seperti ini kerana perbuatan mengugut KDYMM Sultan Selangor tersebut adalah 'perbuatan memerangi raja-raja Melayu' yang jika sabit kesalahan hendaklah mereka itu dihukum bunuh sampai mati.

Ekoran cadangan hukuman bunuh ini, bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainol Abidin berkata, cadangan ini sebenarnya lebih hina dan besar dosanya daripada menggalakkan pemerintah berzina, atau berjudi atau minum arak atau kesemua maksiat yang lain.

Ini kerana, nyawa dalam Islam amat berharga dan haram ditumpahkan tanpa sebab yang sah. Cadangan ini bererti menggalakkan pemerintah membunuh orang tanpa sebab yang diizinkan oleh Allah dan Rasul.

Dosa membunuh dalam Islam lebih besar dari dosa zina, arak, judi dan lain-lain, katanya dalam blog beliau, Minda Tajdid.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails