BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Monday, January 17, 2011

Yesss.Calon dah diUMUM ..tunggu apa Lagi...Ayoh kita Tumpaskan UMNOBN..

Ayuh petugas petugas..PR... Moh kempen dan beri penerangan sebaik mungkin dengan harapan Calon PR dimenangkan Allah swt..
Nama pun dah Cantik :Normala SUDIRMAN...

PAS meletakkan calon wanita - Normala Sudirman - untuk bertanding mewakili parti itu dalam pilihan raya kecil DUN Tenang pada 30 Januari ini.

tenang by election pas announce candidate 160111 hadiPengumuman itu dibuat oleh presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu majlis ceramah Pakatan Rakyat di Labis malam ini.

Hadir memberi sokongan ialah presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, penasihat DAP Lim Kit Siang, setiausaha agung PAS, Datuk Mustafa Ali serta beberapa pemimpin Pakatan yang lain.

Normala (kanan) merupakan ketua Muslihat PAS Labis, dan tidak pernah bertanding dalam pilihan raya sebelum ini.

Ibu kepada tiga orang anak itu - yang lebih dikenali sebagai Cikgu Mala - adalah dari Muar, Johor dan berkahwin dengan seorang guru di Tenang.

NONE

Normala (kanan) adalah guru lulusan Kolej Perguruan Tuanku Bainun, Pulau Pinang dan bertugas di Sekolah Kebangsaan LKTP Kemelah, Segamat, selepas meletak jawatan baru-baru ini.

Beliau berbuat demikian untuk menumpukan kepada politik sepenuh masa. Udang-undang pilihan raya melarang kakitangan kerajaan bertanding dalam pilihan raya.

Dalam sidang akhbar kemudiannya, Normala menegaskan bahawa pemilihannya sebagai calon merupakan pengiktirafan penting parti Islam itu kepada kepimpinan wanita muda.

Majlis pengumuman tersebut berlangsung di rumah kedai dua tingkat yang menjadi pusat operasi PAS.

Kira-kira 1,000 orang awam dan penyokong Pakatan, sebahagian besarnya dari PAS yang memakai kopiah putih, berkumpul di tepi jalan di depan rumah kedai tersebut

Pada mulanya, majlis tersebut dijadual diadakan di kawasan kosong
berhadapan pusat operasi tersebut tetapi kemudian terpaksa dipindahkan ke pusat berkenaan.

Ia berlaku apabila tenang by election pas announce candidate 160111 crowdpemilik tanah kosong itu didakwa diugut dan majlis tempatan pula enggan mengeluarkan permit, kata ketua penerangan PAS Johor, Mazlan Aliman kepada Malaysiakini.

Mazlan juga mengesahkan laporan bahawa suami Normala - Makrof Abd Mutalib - telah menerima arahan untuk ditukar ke Johor Bahru.

"Pada awalnya, notis itu dihantar kepada beliau, tetapi ia kemudiannya ditarik balik," kata Mazlan sambil menambah notis pertukaran itu dihantar oleh jabatan pendidikan.

Makrof juga telah mengesahkan notis pertukaran tersebut.

Ditanya apakah alasan pertukaran tersebut, Mazlan menjawab "sebab politik".

tenang by election pas announce candidate 160111 wan azizahsementara itu, ketua umum PKR yang dijadual hadir di majlis
pengumuman tersebut terpaksa membatalkannya pada saat-saat akhir.

Menurut Dr Wan Azizah, Anwar terpaksa berada di Kuala Lumpur untuk membincangkan perbicaraan kes liwat terhadapnya esok, dengan para peguamnya.

Anwar juga memaklumkan perkara itu melalui twitternya.

Keputusan PAS meletak calon wanita di Tenang dilihat sebagai satu langkah untuk mensasarkan sokongan pengundi Cina yang merupakan 39 peratus pemilih berdaftar di Tenang.


Pemilihan Normala juga akan membantu mengikis persepsi di kalangan bukan Islam yang melihat PAS sebagai sebuah parti Islam konservatif yang mendiskriminasikan kaum wanita - yang sering digunakan oleh MCA dalam kempen mereka.

azlanSeramai 5,635 pengundi Cina di Tenang dilihat menjadi kunci untuk
mengurangkan majoriti BN sekiranya ia dapat mempertahankan kerusi tersebut dalam pilihan raya kecil 30 Januari depan.

Pengundi Melayu, yang majoritinya merupakan penduduk perkampungan Melayu dan peneroka tanah rancangan Felda, adalah penyokong tradisi Umno.

Walaupun lebih sedikit daripada separuh pengundi Cina menyokong PAS dalam pilihan raya umum lalu, tetapi dipercayai masih ada ruang untuk meningkatkan lagi sokongan mereka kali ini.

Terdapat kemungkinan Umno juga akan meletakkan calon wanita bertanding di Tenang.

Pergerakan itu telah melobi pucuk pimpinan pusat untuk meletakkan ketua Wanita Labis, Haslinda Salleh bertanding dalam pilihan raya kecil tersebut.

Calon BN akan diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin Rabu ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 22 Januari sebagai tarikh penamaan calon.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails