BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Friday, January 21, 2011

Mati Terpaksa HIDUP BALIK..Mati PULAK.....GARA-GARA .Tindakan Lambat..

ADAKAH GARA-GARA PERMOHONAN..Yang dah Mati Jam 2.30 t/hari di Paksa Hidup kembali dan mati semula Jam 8.10(malam) setelah permohonan utk mati dilulus oleh SPR setelah diperkenankan oleh UMNOBN..??
WAAAAA CONFIUSSSSSSSSSSSSSSS..Bullleeeeeeeeeeeeeeeeer..
macam-macam adale..dunia 1malaysia..saya sendiri dapat berita yg YB merlimau dah mati jam 3.30 petang tadi semasa diKL...Ballik mai ke kampung terkejut bila ada sahabt yg ditemui kedai Tom yam g tau yang YB mati jam 810mlm dan diisytihar oleh TV 3.4 suku ..waaa sampai bertengkar dgn member tadi..aiii aku dok kl dah tau dia mati jam 3 lebih...ha ha ha...Leain kali luluskan Permit Mati segera....ha ha ha..LUCU DALAM KES MATI..

ADUN Merlimau Meninggal Dunia

PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan meninggal dunia pada Khamis di Hospital Pakar Putra, Melaka, akibat serangan jantung.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abd. Aziz Mohd Yusof.

"Saya dimaklumkan oleh Pengarah SPR Melaka kira-kira pukul 2.30 petang tadi.(1)

"Dimaklumkan juga Allahyarham meninggal kira-kira pukul 2 petang," katanya kepada mStar Online di sini.

Minggu lalu Mohamad Hidhir telah dimasukkan ke hospital yang sama selepas mengadu sakit dada.

Kekosongan kerusi berkenaan menyaksikan satu lagi pilihan raya kecil bakal diadakan iaitu yang ke-15 selepas pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Johor bakal diadakan pada 30 Januari ini.

Kemungkinan juga pilihan raya kecil DUN Merlimau bakal diadakan serentak dengan satu lagi kerusi DUN iaitu Pelabuhan Klang di Selangor.

Semalam Speaker DUN Selangor, Datuk Teng Chang Khim mengisytiharkan kekosongan kerusi DUN Pelabuhan Klang dengan alasan penyandangnya, Badrul Hisham Abdullah gagal menghadiri sidang DUN selama enam bulan.

Bagaimanapun Abdul Aziz berkata, pihaknya perlu meneliti notis makluman daripada speaker DUN kedua-dua negeri sebelum sebarang keputusan dibuat.

"Kalau kes ADUN Merlimau, Allahyarham meninggal, jadi pilihan raya kecil mesti diadakan. Namun kita perlu terima notis makluman daripada speaker terlebih dahulu.

"Lain pula kes di Selangor, kita kena teliti dahulu dokumen-dokumen berkaita kerana kerui berkenaan diisytiharkan kosong. SPR juga belum terima notis daripada Speaker Selangor," katanya.


ADUN Merlimau Sah Meninggal Dunia Sebentar Tadi

Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan.

PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan yang mengalami serangan jantung sejak Sabtu lepas, meninggal dunia pada pukul 8.10 malam Khamis selepas menerima rawatan di Hospital Pakar Putra, Melaka.(2)

Perkara itu disahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif hospital itu Radhuana Salleh.

Jenazah dijangka akan dibawa pulang ke rumahnya di Kampung Tersusun Lipat Kajang, Jasin.

Jenazah akan disembahyang di Masjid Simpang Kerayong selepas solat Jumaat dan disemadikan di Tanah Perkuburan Kampung Chinchin Tengah.

Sebelum itu, portal media melaporkan bahawa Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Pembangunan Desa negeri itu telah meninggal dunia sedangkan beliau masih berada dalam keadaan koma.

Mohamad Hidhir dilaporkan dimasukkan ke hospital itu pada minggu lepas bagi menjalani pembedahan membersihkan arteri yang tersumbat pada 13 Januari lalu.

Beliau pada mulanya ke hospital itu untuk mendapat rawatan mengenai ketidak selesaan perutnya sejak kembali dari Taiwan pada 10 Januari lepas, dan ujian mendapati arterinya tersumbat.

1 comment:

Anonymous said...

ni.ajis pun mati juga dulu tapi ada n.ajis lain yang idup lak?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails