BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Tuesday, April 5, 2011

Semut bercita cita tumbangkan gajah..hanya satu sahaja cara..

MENYELINAP MASUK KE DALAM TELINGA GAJAH..REBAH KEBUMILE SIGAJAH..TAMBAH LAGI GAJAH DAH TUA..hi hi hi..menang kalah kemudian kira..soalnya semangat juang yang tinggi .mencari kebenaraan dan keadilan..ayoooh...
Suriati tidak gentar tumbangkan KM Sarawak
Pemilik kedai runcit Suriati Abdullah, 50, yang kecil molek mungkin bukan seorang yang dikenali ramai tetapi mempunyai misi dan cita-cita besar.

NONESebagai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian, beliau tidak gentar menghadapi nama gah dunia politik Sarawak.

"Saya akan menumbangkan Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, yang juga Pengerusi Barisan Nasional negeri.

"Saya mempunyai isu-isu besar (yang mahu diketengahkan) dan orang ramai menyokong saya," dakwanya ketika ditemui selepas menerima surat perakuan sebagai calon PKR pada pilihan raya negeri Sarawak ke-10 daripada Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Suriati berkata, keluarganya membantah pencalonannya sebagai calon tetapi suaminya menyokong keputusannya untuk bertanding pilihan raya.

NONEBeliau mendakwa sokongan kepada PKR di peringkat akar umbi terutamanya di kalangan masyarakat Melanau, Cina dan Iban sangat memberangsangkan.

Suriati, yang juga lepasan sekolah menengah, berkata akan menjadikan isu tanah, geran hak milik tanah dan ketiadaan infrastruktur serta kemudahan awam yang baik dalam kempennya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails